SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 22, 2016

Ke taman

Khalisah suka main dekat taman. Tak kiralah taman permainan awam tu ke yang kena bayar tu ke, asalkan namanya taman dia boleh bebas main memang suka sangat.

Tahun lepas masa masih duduk tingkat 9 rajin jugak ibu bawa khalisah gi taman besar dekat dengan flat tu. Kadang pepagi takde orang kitorang dua orang je. Puaslah khalisah main sorang sorang.

Khalisah ni pulak jenis kalau orang ramai ramai dia jadi tak selesa dia akan tengok dulu. Kalau dia rasa dia ok boleh masuk baru dia main sama sama. Kalau tak dia akan tunggu sampai orang tu pergi baru dia main.

Khalisah jenis anak yang akan amek masa nak bermesra dengan kawan yang dia tak kenal. Kalau dia dah kenal dia ok. Terlebih mesra plak kadang.



Jadi kalau bawa pergi taman cik zira akan bawa khalisah pepagi ke masa takde orang jadi nanti cik zira biarkan je khalisah main sorang sorang. Paling kejap pun setengah jam. Bagi dia puas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails