SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, October 2, 2017

Lexis Suite Penang kesukaan! 🛁🏊

Cik zira first time tahu pasal Lexis Hotel ni masa lepas kahwin 2011. Saja google hotel best best sebab nak pergi honeymoon sekejap 1 malam. Maka tahulah kewujudan grand lexis port dickson. Pertama kali tu dapat bilik garden dan rate masa tu booking rm600++ 1 malam. 1st time duk grand lexis terus jatuh cinta. Berbaloi sangat dengan harganya.

Memang orang kata mahal. Tapi bila sekali dah stay memang nak stay lagi dan lagi sebab memang berbaloi. Private pool dalam bilik kan. Takyahla nak mandi kat outdoor dah. Mandilah berendamlah puas puas dalam bilik.

Bilik sangat beso. Katil beso 2 biji. Pendek kata yang dah pergi je tahu kenapa lexis hotel ni best dan berbaloi untuk bercuti.

Lexis lama sebelah grand lexis tu takde private pool. Tapi sebab atas air. Bilik masih beso. Grand lexis best sebab bilik ada banyak jenis dan sume beso beso.

Dan bila tahu je lexis nak buka dekat penang ni menggelabah cik zira ni happy bukan main sebab yelah dah takyah pergi grand lexis pd dah bila kat penang pun dah ada 1. Happy tak terkata.

Grand lexis pernah stay 3 kali. Lexis suites penang ni kali kelima. Memang kalau nak bawa khalisah duk hotel akan search dulu lexis suite penang.

Kalau weekdays boleh dapat rate murah. Pernah dapat 1 malam rm390. Paling murah untuk executive suite tapi time tu siap dapat upgrade premium suite. Best woh!

Ni kalini masa nak booking bila tahu isnin cuti peristiwa terus nak check in sini. Sekali ada buka belian voucher. RM350 untuk bilik executive. Apa lagi terus beli voucher dan email untuk reservation.



Kalini ibu dengan khalisah dan khaliq bawa sekali pengasuh dorang dan anak anak. Kiranya geng mak mak dan anak anak la ni. Bapak bapak kena tinggal.






Hotel ni best sebab apa? Of course la private pool. Ada sauna. Ada bath tub. Katil beso 2 biji. Lepastu kalau anak anak bosan dah mandi kolam lama boleh pergi tingkat 8 ada bilik main budak budak. Buka sampai pukul 10 malam. Mainlah dekat situ plak.





Cik zira saja nak share harga lexis suite penang ni ok. Kalau weekdays boleh dapat harga rm404 untuk bilik executive dan rm500++ untuk bilik premium. Kalau weekend mahal lagilah. Kalau yang jenis bekerja sendiri korang bolehla bawa amak anak stay weekdays. Untung dan jimat.


Kalau grand lexis paling paling pun bilik paling murah rm500++ 1 malam.

Lexis hibiscus je belum pernah pergi lagi. Tu lagi mahal tapi tengok lagi cantik. Cumanya pool dia dekat luar takut orang nampak je kan. Takpe ada rezeki nak duduk jugak situ 1 malam. In Sha Allah.

Cik zira kalau ada je cuti dan ada rezeki lebih confirm duduk lexis suite ni bawa anak anak. Pastu dudukla bilik tak keluar keluar bagi mandi kolam puas puas.

Cukuplah kot perkongsian pasal hotel yang best ada private pool ni. Memang ada je banyak hotel private pool dekat malaysia ni tapi setakat ni lexis la yang cik zira mampu nak bawa anak anak nak dibandingkan dengan hotel private pool yang lain lain tu. Lagipun dekat dengan rumah je.

Korang yang tak pernah pergi hotel hotel lexis, silalah pergi. Puas hati okeh 😆

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails