SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, October 17, 2018

oh shopee doo doo doo dooo

cik zira ni baru tahun ni tahu kewujudan shopee bulan 7 haritu. dan sejak itulah, masha Allah setiap hari shopee adalah apps yang cik zira wajib tengok. dan sampailah sekarang dah beribu ribu habis shopping dekat shopee tu.

MURAH SANGATT

macam macam ada. dari sekecik barang sampailah ke gabak barang itu. carilah dan jumpa. tapi kena buat perbandingan sebab barang yang sama seller jual harga lain lain. jadi bab ni kena bijak. carilah harga yang paling murah untuk barang yang sama.

paling cik zira suka baju anak anak lah. disebabkan barang direct dari china, jadi murahlah sangat. dah berhelai berpasang baju khalisah dan khaliq cik zira shopping dekat shopee ni.

tak kisahlah sampai lambat amek masa sampai 2-3 minggu cik zira ok je sebab harga murah sangat kot termasuk shipping. tapi kalau nak free shipping tu kalau dapat vouvher bolehla guna. kalau takde voucher shipping poslaju dia serendah RM4++ dan biasanya RM5.49.

ni cik zira nak share cik zira ada beli tshirt brand carters untuk khaliq. 5 helai yang sleeveless dengan 5 helai tshirt biasa. beli saiz beso sket sebab yang ada dah banyak kecik tapi still boleh pakai lagi. sehelai jatuh harga RM5 macam tu termasuk pos.



lepastu baju tido sepasang macam bawah ni, comel kan? sepasang tak sampai pun RM10. dan kualiti dia memang bagus yang ni. sama macam beli dekat cotton on atau h&m je jenis kain dia. berbaloi sangat kan murah macam tu tapi kualiti butik.




cik zira ni siap jadi personal shopper ramai minta tolong belikan sebab dorang tahu cik zira hantu shopee. kalau korang tengok list shopee cik zira dalam phone ni mesti terkejut sebab memang habis beribu dah. tak tipu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails