SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 25, 2020

thehijab.co : undefined collection

cik zira nak bagi tahu sekali lagi bahawasanya, cik zira ni pencinta tegar tudung petang jenama thehijab.co by yatie sendayu tinggi. pertama kali beli tudung warna hitam seashell collection yang dah sold out lama dah. bila pakai rasa seronok pulak padahal cik zira adalah makhluk yang tak suka betul pakai tudung bawal. dari zaman anak dara memang tak suka pakai tudung bawal.

tapi, dah terjatuh cinta dengan thehijabco. seashell collection sempat lagi beli dengan agen yang ada. dapatlah lagi 6 warna. sume dah sold out. ni collection yang cik zira paling suka sebab material dia tersangat best dan senang jadi masa pakai.

lepastu beli printed dia pulak. various series. 7-8 helai cik zira beli collection yang ni.

basic classic collection cik zira beli 2 helai je sebab tak berapa suka sangat material dia. sebab cotton kan. cik zira ni kalau cotton memang tak suka sangat walaupun senang jadi.



dan terbaru haritu undefined collection memang tertunggu tunggu. beli 5 helai. dan rasanya akan beli lagi warna lain kalau tak sold out.

lurve collection pun nanti nak kena beli jugak sebab nampak cantik sangat yatie pakai.

terima kasih thehijabco hasilkan tudung petak yang menepati citarasa cik zira yang dari tak suka pakai bawal dah hari hari rasa nak pakai bawal.

akan setia memiliki koleksi thehijabco ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails