SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, September 11, 2020

Keriang Hill Resort

#cikzirareview #kerianghill #kerianghillresort KERIANG HILL GUNUNG KERIANG ALOR STAR KEDAH sepatutnya check in 4 April, tapi apakan daya PKP bermula. maka, setelah diubah tarikh bila fasa pkpp ni barulah dapat check in. ini trip ibu2 dan anak4 sahaja☺️ beli time offer bulan 1 lagi beli tak silap. sebab tengok che ta remy ishak dan mira filzah berlakon dekat sini kan. cantik sangat tu nak jugak pergi. beli yang rumah untuk family sebab ada 2 katil beso. kalau takde promo harga RM300/malam tapi cik zira beli masa promo RM190.80/malam dan dapat sarapan untuk 6 orang makan. puas hati sangat. kawasan sangat cantik, suasana kampung tenang nyaman. kawasan Gunung Keriang dan sawah padi kiri kanan sepanjang jalan.










rumah cantik sangat sampaikan macam eh bestnya kalau ada rumah sendiri macam ni. nampak je macam rumah kayu kampung kan, tapi pintu dia pakai kad macam hotel hotel lain. dekat ruang tamu ada aircond, dekat bilik pun ada aircond. swimming pool pun ada jugak tapi sebab pkpp ni masih belum buka kan, jadi takleh la budak budak mandi. tapi, masih best je boleh spend time dalam rumah. eh, pendek kata, kalau nak kan kelainan sebab asyik check in hotel moden je kan, bolehlah bawa anak anak masuk kampung pulak, check in dekat Keriang Hill ni. Khalisah pun suka sangat dia kata nanti nak datang lagi☺️ kat bawah cik zira kongsikan video video dan gambar gambar untuk korang tengok sendiri apa yang cik zira cerita dekat atas tadi ni okeh🌹

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails