SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, June 1, 2023

Sentosa Villa Resort Taiping

Jom cik zira bawa korang check in di Sentosa Villa Resort yang terletak di Taiping je.

Cikzira kan suka check in, selalu jugak bawa dua ketul ni check in sana sini. Tapi baruni cuti sekolah cikzira nak check in dekat dekat dengan Penang je sebab cuti tak balik kampung nak jalan dekat je. 

Terus lah pilih taiping. Mulalah cari nak check in dekat mana sebab kalini bercuti dengan Kak rosni sekali dengan wafi dan puteri. Jadi nak cari bilik untuk kitorang berenam. 

Cikzira pilih Sentosa Villa la akhirnya satu sebab dia punya konsep tu konsep resort yang berkayu dan dalam Dusun. Kedua sebab mandi sungai jadi budak budak merasa la mandi sungai kalau tak asyik pool biasa je kan. Ketiga sebab bilik family villa tu sesuai untuk kitorang 2 dewasa 4 budak. Villa tu ada dua tingkat ada queen bed dengan 2 single bed. 

Cikzira book melalui wasap dan dapat harga RM408 exc breakfast untuk Family Villa. Check in selasa 30 Mei 2023 waktu cuti sekolah.

Lokasi Sentosa Villa ni senang je kalau pakai waze dan landmark dia dekat Burmese Pool je. Memang lalu jalan sama. Dan kalau dari Taiping Mall tu dalam 10-12 minit je macam tu. Lalu jugak taman tasik taiping tu. 

Nak cari makan senang je. Petang kitorang dah tapau siap-siap masa makan dekat AEON. Malam cikzira dengan kak rosni tapau nasi goreng dekat Yong Tau Fu bomba tu. Macam macam ada dekat situ. Tapi tak tapau YTF plak sebab tak rasa nak makan. Tapi kedai YTF banyak dekat situ, pilih je. 

Sarapan pun kitorang cari dekat je dengan hotel sebelah pejabat pertanian tu tak silap, sebelum De Gordon Hotel. Ada nasi lemak mee goreng nasi putih kuey teow bihun goreng minuman panas sejuk semua ada. Kitorang tapau je makan dalam bilik. Rasa sedap harga murah. Makanan tengah hari pun ada jual dekat kedai comel tu. 


Kiranya Bab makanan tak perlu risau. Gate malam akan tutup jam 10 malam tapi kalau kita check in situ, takde masalah untuk keluar masuk sebab guard dah ada no plat kereta guest semua.

Masa check in kena letak cash RM50 deposit yang akan dipulangkan semula masa check out nanti. 

Masa kitorang check in tu, lepas letak beg kitorang meronda melihat kawasan sekitar. Memang cantiklah sebab banyak pokok pokok lepastu sungai pun cantik. Villa villa yang ada pun memang lawa lah sebab konsep rumah kayu kan. 








Banyak sangat tempat cantik untuk OOTD sebab hijau damai tenang je rasa. Dengan bunyi air sungai tu aduh syahdu betul rasa macam dalam hutan yang tenang.

Kawasan sekeliling resort memang cikzira bagi 5⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ sebab kalau hotel lain takdelah nak merasa jalan jalan dalam Dusun dan sungai macam ni. 








Bilik pulak memang cantik luas selesa bersih pendek kata memang tiptop lah. Untuk harga RM408 untuk satu malam cikzira memang suggest lah korang yang ada anak ramai atau bercuti 6-7 orang pilih bilik Family Villa ni. Perfect!





















Berandah pun luas nampak pemandangan cantik. Malam-malam dengan sarapan pagi kitorang 6 beranak makan dekat berandah tu. Best menikmati makanan sambil dengar bunyi air sungai sambil tengok pokok pokok.

Hati-hati dengan tangga je sebab anak tangga tu kecik tapi alhamdulillah kitorang selamat tiada kecederaan berlaku. Bawah ada aircond atas pun ada aircond. bilik luas tau. Memang berbaloi sangat dengan harga tu.

Memang cikzira bagi 5⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ jugak untuk bilik family villa ni. 

Ok masa untuk mandi sungai. Petang tu turun dalam pukul 5 lebih nak dekat pukul 6 cuaca pun cantik dah tak panas time tu redup dah. Lagipun banyak pokok pokok jadi taklah sunburn sangat kalau nak banding mandi pool biasa yang open kena cahaya matahari. Mandi sungai ni best rilek santai je. Esok paginya mandi pun sama cuaca best redup tak panas.







Merasalah khalisah ikut wafi berjalan meredah sungai tu berjalan atas batu batu. Khalisah dapat tangkap seekor ikan kecik tapi lepastu lepaskan balik.

Satu pengalaman yang baru bila check in dekat Sentosa Villa Resort ni sebab mandi sungai. Selalu kan mandi pool kalini dapat mandi sungai. dan sungai pun tak dalam mana jadi in sha Allah selamat untuk anak-anak mandi main dekat sini. 

Pendek kata, korang datang Taiping tu bawa anak-anak check in dekat Sentosa Villa Resort ni. Percutian korang mesti best dan anak-anak pun happy❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails