SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, November 11, 2023

Warung Nostalgia : Port Sarapan Penang

Hai korang! Jom kalini cikzira nak review port sarapan dekat Penang ni. Kalini dekat Plaza Ivory je opposite USM. Nama kedai ni Warong Nostalgia, buka setiap JUMAAT SABTU AHAD sahaja dari 7 pagi sampai 1 tengah hari.

Tadi cikzira, khalisah dengan abdul khaliq sampai dalam pukul 8 macam tu. parking pun banyak dan takde orang masa sampai tu, kitorang je customer.

Lawa kedai ni, konsep klasik zaman dulu-dulu. Siap pasang lagu dengan cerita p ramlee nak dapat vibes zaman dulu tu. bukan tu je tau, menu menu pun nama cerita p ramlee. 

Korang tengoklah kedai ni macam mana dekat bawah ni:







Makanan dengan air sume pun ok, sedap. Sampai pun masih panas. Pilihan makanan pun ok, taklah sket sangat menunya. 

Ni apa yang kitorang order:

Teh Ais Tarik Sudin RM4.90 - 9/10
Kopi Ais Tarik Mydin RM4.90 - 9/10

Mee Rebuih Jangan Tinggal Daku
RM8.90 - 9/10

Peknga Pisang Ikan Bilis Bujang Lapok
RM4.90 - 8/10

Nasi Lemak Semerah Padi
RM10.90 - 9.8/10

Roti Bakaq Kaya Planta Antara 2 Darjat
RM5.90 - 8/10

Kalau nak cuba sarapan pagi dekat penang, boleh masukkan Warong Nostalgia dalam list korang ok😍

p/s : teruskan berdoa untuk πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡Έ

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails