SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, August 31, 2024

JJCM Sungai Petani : Ahmad Foo Chicken Duck Rice

Kalau tak dulu hanya ada satu cawangan di Aloq Staq. Kalini dah ada lagi satu cawangan di Sungai Petani. Alang-alang dah check in SP ni kan, jom try!

Masa sampai terus dapat park depan kedai. Tak sesak dan ada meja. Kedai vibes china town. Terus pergi kaunter order.

Ni apa yang cikzira order:

Nasi Ayam Roasted Single Combo
RM11.50



Kuey Chap Duck Regular
RM14.50

Kuey Teow Thng Ayam Regular
RM11.90

Green Tea
RM15.50


Nasi ayam tu portion tak banyak tak sikit. Sup dia berempah dan nasi ayam tu yang jenis banyak hirisan halia. Untuk kuey chap dan kuey teow thng tu pun kuah dua dua berempah pekat. Kuah pun pekat dan kuey teow plak jenis tebal tebal beso tu. Nasib portion kecik boleh makan laju-laju kalau tak dia akan jadi muak. 

Status : Sesuai untuk yang suka chinese food berempah kuat. Boleh makan tapi rasa tak repeat dah☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails