SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, May 14, 2025

JJCM Penang : Nasi Lemak Burung Hantu

semalam tak dirancang pukul 9 lebih malam si abdul khaliq dan khalisah kata lapar lagi padahal dah makan dah masa maghrib. ibu dah kenyang tapi kena makan jugak. kenyang-kenyang pun licin eh!

jadi, dinner lah kitorang 3 beranak lewat dah makan kul 10 lebih dekat Nasi Lemak Burung Hantu dekat Lebuh Chulia baru je buka sebulan. kedai buka dari 7 pagi sampailah 4 pagi setiap hari. cikzira park jauh sikit jalan lah menapak lepastu sampai je kena beratur ya. penang dan beratur berpisah tiada. dalam 18 minit jugak kena beratur. 

meja penuh segala kaum pun ada makan nasi lemak. tapi servis laju je. habis je makan staf akan laju laju kemaskan meja.  kalau xnak dine in nak takeaway boleh terus order dan bayar bagi tahu je staf nak bungkus.

cikzira amek sorang sepinggan. silap, patut untuk abdul khaliq add on nasi je takyah ambil set. portion besar ya berbaloi harga tak kedekut. kalau set basic tu memang akan dapat nasi lemak basmathi, sambal, telur mata, kangkung, timun, kacang dan ikan bilis RM9.40. add on telur puyuh sambal 4 bijik RM6.00.








cikzira punya set basic add on sambal udang petai yang sedap udang ada 4-5 ketul ikut saiz RM17.90. khalisah set basic dengan ayam goreng berempah RM15.40.

siapa belum merasa bolehlah datang merasa makan nasi lemak basmathi dekat sini. cuma kena beratur tu la sebab masih viral kan. cikzira sudah☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails