SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, May 3, 2025

JJCM Penang : Warong Abang Sayang

harini Sabtu, 3 Mei 2025. keluar pergi jjcm je. lunch di Warong Abang Sayang dekat Permatang Damar Laut. masa sampai ada 1 family je tengah makan. kedai corner lot sebelah dobi. kedai cantik tapi outdoor lah kipas takde aircond. 

servis ok, takyah tunggu lama. cumanya ada seekor kucing tu duk kacau kitorang makan. tak selesa nak makan duk bergaduh dengan kucing tu😢

semua ok habis kecuali tersilap pergi order nasi yanb extra 3 pinggan. sebenarnya kalau order nasi extra 2 pinggan pun dah cukup sebab yang extra RM3 tu memang portion banyak sungguh tapi cikzira habis je sepinggan yang extra tu, kitonyo makan nasi banyak🫣

bawah ni gambar apa yang cikzira order termasuk 3 pinggan nasi extra total semua RM53.60.

Sotong Rangup RM12.90
4.5/5

Masak Lemak Daging Salai RM14.90
5 keping daging salai dalam tu saiz Small
4/5

Telur Bawang Small RM8.90
3/5

WAS Kopi RM5.90 - 4/5
Teh O Ais RM2 - 4/5

salai tu sedap. sotong tepung pun  rangup. cumanya tekur dadar tu untuk harga RM8.90 macam mahal sebab nipis plak rasa banding restoran lain harga lebih kurang tapi lagi besar berbaloi telur dadarnya tu. 

tapi boleh try makan sini tau, pilihan lauk banyak jenis. portion small sesuai untuk 2 orang makan. korang bolehlah cuba nanti tau😍

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails