ini entry pasal cik zira
bagi yang masih belum kenal betul2
entry ini membantu anda sedikit sebanyak mengenali diri cik zira
bagi yang mahu tahu jela ye
takmo tahu, takyah susah2 baca,,hehe
- pecinta merah yang sangat suka dan sangat tak boleh hidup tanpa warna merah - merah itu zira, zira itu merah
- lahir di Hospital Sultanah Aminah, JB pada 27 Mac 1986
- tahun 2010 berusia 24 tahun, tak lama jek lagi,,
- anak sulong dari 4 beradik, 2 laki 2 pompuan
- ada chenta2 hati yang merupakan harta palin berharga dalam hidup - yap & jeri
- berada di semester akhir, kos TEYL (teaching english for young learners), dah 6 tahun da blaja, kejap plak rasa
- suka menulis sangat2 - ada diari, ada blog tersayang, ada cerpen, ada novel, ada sajak, sume lah ada, pendek kata mmg suka menulis sampaikan selalu jadi setiausaha,,ngee
- BFF : emelya rawan
- boleh memandu dengan baik - manual dan auto
- berdikari - tidak suka susahkan orang, lebih suka buat semuanya sendiri
- masih single - tidak mencari, mahu sendiri
- mempunyai barang2 yang sangat banyak tak terkira, baik baju, buku2, aksesori dan sume2la, sebab tuh kena cepat2 kumpul duit beli umah sendiri sbb barang da terlampau banyak sangat
- suka makan lagi2 kalo makanan sedap
- suka pergi majlis tunang dan kawen lagi2 kalo kawan sendiri
- suka bergaya
- bisnes minded
- blogging dah kira sebahagian hidup sebab dapat berkongsi cerita dengan yang sudi membaca
- penjual tudung dan baju - cari rezeki lebih,,=)
- kalo mahukan sesuatu, akan cuba sedaya upaya untuk dapatkannya
- suka bergambar
- sangat teruja dengan baby dan budak2, tp more to babies la,, pernah jadi babysitter baru lahir kepada 2 org sepupu, jaga sampai mak dorang habis pantang
- utamakan keluarga
- mempunyai sifat kepimpinan - chenta2 hati pon, ikut abah ngan mak
- sejak mak meninggal, cik zira dan chenta2 hati tinggal dengan atok kat jb
- abah seorang pegawai NAVY
- susah untuk menangis - setahun tak sampai 10 kali jek nangis, takpon x sampai 5 kali
- selalu ke mana2 bersendirian - mudah dan cepat
- tak amek masa yang lama utk pilih barang time shopping - selalu akan buat list dan terus beli apa nak dibeli
- kalo nak beli pape, akan utamakan warna merah
- tidak suka tangguhkan kerja - selalu akan siapkan kerja awal2
- boleh menari, suka menari
- boleh mengacara - memasang niat utk menyertai pertandingan pengacaraan seoerti pengacara jemputan nona,, angan2 jek, mana tahu jadi kenyataan kan
- bukan seorang yang kasar dalam percakapan - ingin menjaga hati orang
- sangat hormati orang tua - kerana tanpa yang tua tiada yang muda
- waktu tido wajib ada - teddy bear,bantal peluk, bantal love merah dengan selimut kesayangan
- no telefon dari form 4 sampai skang tak pernah tuka, setia pada maxis yang satu itu
- akan pastikan diri wangi dengan segala krim dan losyen sebelum tdo
- seorang yang cermat - banyak barang yang masih disimpan rapi
- rabun sejak tingkatan 1 - pakai spek dan contact lense
- sukan - bola jaring
- aktif - sentiasa terlibat dengan aktiviti mahupon program sejak sekolah, di matrik, maktab dan uum
- boleh dipercayai terutama dalam melaksanakan sesuatu kerja/tjwb
- easy going , senang nak masuk dengan sapa2 pon
- bukan pemarah tetapi mungkin boleh jadi pendendam
- tidak mudah untuk melupakan sesuatu - sentiasa hidup dalam kenangan
- suka tengok orang
- suka tgk diri sendiri cantik dalam cermin,,hehe,, kena sentiasa yakin dengan diri sendiri
- jarang sakit/demam, tp sekali sakit, mmg sangat teruk
- tak suka makan ubat - pahit, x sedap
- selalu berfikiran positif - sentiasa fikir setiap yang berlaku ada sebab oleh Allah
- suka senyum dan suka melihat orang tersenyum sbb senyum itu manis
- suka hari raya sebab leh pakai baju raya dan berkumpul sanak sedara kat uma atok
- sampai skang takde facebook sebab malas nak create account padahal ramai dah suruh - nak setia pada yang dah ada dan setia pada blog merah kesayangan ini
- ada bisnes kad sendiri tau - kaler merah lagi you!
- suka tgk org cantik dan org hensem
- sentiasa jaga kecantikan dan kesihatan diri - utk diri sendiri jugak
- apply nak ke sabah utk posting tp tak tahu dapat ke tidak
- lebih suka diam dan lebih banyak mendengar daripada bercakap
- sangat rapat dengan chenta2 hati - kongsi sume sama2
- menjadi seorang yang kuat daripada semua pengalaman yang telah dilalui
- suka sangat bau baby sebab tuh suka cium baby
- guna celcom broadband
- suka perfume dan bau wangi, tp pakai perfume versace red jeans dan currently pon guna one drop perfume dengan bvalgari pepel
- ketinggian 160cm dengan berat sekarang 54.5 kg-55kg, bermasalah pada bahagian punggung dan kaki, besarlah,, dulu suka sangat makan ayam dengan kentang goreng, padan muka sendiri
- tidak mementingkan brand, asalkan cantik dan selesa, tak kisah pon
- tak suka orang yang penipu
- tak pernah bercinta! tak percaya pada cinta,,=)
- tak mudah putus asa
- kalo ada pape masalah, selalu mengharap mak ada di sisi, tp tahu Allah lebih sayangkan mak
- kalo ada masalah juga, org pertama yang akan dirujuk adalah chenta hati 1, chenta hati 2 selalu sibuk
- masih takde paspot, kalo ada leh jalan2 luar negara, hampeh, bila ntah nak wat
- rasa happy bila diri dihargai dan disayangi
- nombor bertuah : 7
- lebih suka duduk rumah kalo tiada hal/urusan di luar
- tangan selalu gatal nak picit jerawat akibatnya muka selalu ada parut dan merah2
- percaya sayang lebih penting dari cinta sbb sayang tu kekal selamanya
- sentiasa berdoa yang terbaik utk diri sendiri dan adik2 tersayang
- sangat obses dengan penimbang, kalo nampak mesti nak timbang
- nama panggilan : zira, iera dan jira (ni femly panggil)
- tidaklah pandai dan tidak la bodoh - biasa2 sahaja
- tidak suka membaca buku berilmiah, membuatkan ngantuk tahap dewa
- tak suka exam sbb kena blaja - kalo tak blaja markah teruk (sedar pon)
- dalam sehari paling kurang pon mesti kena update blog kesayangan walaupon hanya 1 entry - kalo tak buka blog hati macam tak senang jek, begitu kuat penangan berblog dalam hidup ni
- suka cuti sbb boleh pergi mana2, xpon duk uma jek boleh rehatkan otak
- bukan pecinta tumbuh2an mahupon haiwan
- sentiasa mengikut gerak hati dan selalu berdoa
- dulu gigit kuku tp skang da pandai guna ketip kuku
- lebih suka tdo dalam gelap tanpa sebarang cahaya
- suka masak lauk2 tak suka wat kek dan kuih
- tak kisah apa kata org sebab orang yang mengata tuh tak kenal siapa diri cik zira yang sebenar, cukuplah keluarga mengetahui dan memahami siapa diri ini, tidak perlukan penilaian org yang tidak dikenali, nak kutuk ke, nak mencarut dan marah ke, suka hati koranglah, janji cik zira tak kacau hidup korang, bukan korang yang bagi cik zira duit utk hidup pon (ini buat sape2 yang berkenaan)
- tak suka barang kemas dan tak suka pakai barang kemas yang emas2 menyilau2 tuh
- tak suka bunga tp kalo ada yang nak bg, suka jek - tp drpd bagi bunga, baik belanja makan
- selalu baca balik msg2 yang ada dalam henset
- dah biasa ada kawan laki lepas tuh dah tak kawan lepas tuh dapat kawan baru, lepas tuh tak kawan, macam tu jela,, hehe
- alamat surat menyurat ataupon kalo nak jejak cik zira - mmg umah atok kat kg melayu tu jela takde tempat lain
- tak saba nak tgk chenta2 hati kawen dan bahagia dengan isteri masing2, selalu doa dorang dapat isteri yang baik yang dpt jaga dorang dengan baik
- suka berkawan, tak memilih kawan asalkan org tuh ikhlas nak berkawan
- tak suka dipaksa, nak wat sesuatu biarlah dengan kerelaan sendiri
- nama pena : ierazirared, ierazira, ierarahman
- paling yang cik zira nak korang ingat, tak payah susah2 pon, ingat MERAH ingat ZIRA
korang tahu tak, gila lama cik zira nak wat entry ni
tak pernah amek masa lama sbb bila nak wat tetiba takde idea nak tulis ape,
mengarut jek sume
banyak lagi sebenarnya tapi tak ingat, bila tanak tulis ingat plak, nyampah betul
ada pape lagi nak tahu ke
dah siap bagi 100 fakta dah tuh,,hehe
rajin sungguh cik zira ni,,
padahal keje tak siap pon lagi,,
lepas publish entry ni, kena langsung wat keje bagi siap
okeh dah dah
kena wat keje sekarang!
5 comments:
kenal dh...
heheh
100 facts tu...
leh bg kat anak murid tuh
Amboi panjangnye biodata... naik sakit mata memandang blog... apa2 pun merahnye makngah, macam zaman dulu.... hehehe... :)
hehehe....ed suka numb 4 sebab sama dengan ed....sebijik!.hahaha
*anak sulong dari 4 beradik, 2 laki 2 pompuan
Baru tau, kita lahir dalam bulan yang sama. Heheheh. Dah dpt cardigan dah. Suka sgt2. Thanx
karl ~~ adei,anak murid tahu payah nanti teacher merah ni nak menjawab,,hehe,,
chilabaey ~~ yep,mmg nak suruh org yg tgk sakit mata,,ngee
eD ~~ wah, ye ke?mesti 1 kepala ni, jom lepak!,,=)
minamiku dEar ~~ mac ea?wah, sama2,,dapat da ea?jom pakai sama2,,=)
Post a Comment