salam buat semua
semalam, cik zira keluar dating
dengan BFF, cik emelya
BFF amek cik zira di rumah, keluar lepas zohor
kitorang ke Jusco sahaja
hujan turun lebat
sampai terus beli tiket wayang dulu, nak tengok harry potter
tiket kul 2.05 petang
nak makan berat tak sempat
makan momo hot dog dulu pasalnya 2-2 tak makan pape pun lagi dari pagi
tengok wayang
cite harry potter, mungkin dah terlambat
kalau orang len awal-awal dah tengok, cik zira baru nak tengok
maklumlah, dah lama tak tengok wayang kan
cite itu sangat best!
lepas habis wayang, terus gi makan
sejuk-sejuk memang automatik perut rasa lapar
makan di VIVO
(ala, nak transfer gamba makanan malas plak rasanya,huhu)
sambil makan, sambil borak-borak
BFF pun faham cik zira ni makan lambat
makan hot dog pun dia kena tunggu, makan kat vivo pun dia kena tunggu cik zira habis makan
slow-mo betul lah cik zira ni
lepas makan, tak ke mana-mana, terus balik
hujan dan jalan jam, kesian BFF nak kena harung jam nak balik umah dia
cik zira sampai pun terus asar dan barulah buka laptop menjenguk blog
itu sahajalah cerita ringkas dan tidak bergambar pasal semalam
memang tak bergambar pun dengan BFF
mungkin rasa dah tua kan, nak bergambar pun sampai dah terlupa,, :-D
thanx ye BFF untuk semalam
hari ni?
tak tahu lagi agenda apa
duduk rumah sahaja lah mungkin
rasanya bukan mungkin lagi dah, memang pasti duk rumah jek,, huhu
oklah
mood tak berapa nak ada sangatlah
tapi harap-harap masih dapat update blog seperti biasa walau turun naik mood ni
terima kasih tak terhingga kepada pembaca dan pengikut blog MERAH cik zira ni yang masih banyak kekurangannya baik dari segi penulisan blog mahu pun tuan punya blog. cik zira manusia biasa yang sememangnya banyak kekurangan dan kelemahan tapi terima kasih kepada yang masih sudi sokong cik zira. walau siapa pun korang dan di mana pun korang yang mengikuti blog MERAH cik zira ni, ucapan terima kasih tak terhingga cik zira kepada semua. sayang korang sangat!
p/s bila mood tak berapa nak ada sangat, tiba-tiba jadi sayu bila tahu setiap hari, walaupun tidak ramai, masih ada yang sudi nak baca blog ini. terharu sangat. terima kasih korang.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 29 november 2010 6.59 p.m.
No comments:
Post a Comment