salam petang selasa
cik zira melaporkan tentang perjalanan lalu lintas kepada anda
hehe
guwau jelah
sejak bila cik zira jadi pelapor kesesakan lalu lintas plak kan
tapi, nak cerita jugak pasal jalan ni
kan hari-hari cik zira lalu lebuhraya pasir gudang tu untuk berulang dari umah ke sekolah
waktu pergi tuh tak sampai 30 minit dah sampai dah sebab jalan tak sesak dan tak sangkut
bila balik sekolah tuh akan makan masa sampai 40-45 minit macam tuh
dan kalau jam teruk mahu sampai sejam, sejam lebih sangkut dalam jam
bila kemalangan, keadaan jalan akan jam teruk
cik zira kan sekolah petang
masuk kul 12 tengah hari, sebab tuh cik zira keluar umah kul 11.30 cenggitu
sebelum kul 12 dah sampai sekolah
tapi, balik sekolah kul 6.30 petang
keluar sekolah 6.30, paling awal sampai umah pun 7.10
kalau jam pernah sampai nak dekat kul 8
selalu lebuhraya pasir gudang ni akan jam bila kereta banyak sangat lah
tapi akan paling teruk kalau ada kemalangan
ha, bila ada kemalangan, jam dia tak payah cakap lah kan, memang tak bergerak langsung kereta
jalan sket-sket jek
dahlah bawa kereta manual, memang sakit kaki lah sket
sepanjang cik zira bekerja dari bulan oktober hari tuh, kira sebulan lebih ni, banyak jugak cik zira saksikan kejadian kemalangan di lebuhraya pasir gudang ni
moto dengan kereta lah, moto dengan lori lah, kereta dengan kereta lah, macam-macam lagi
takut pun iye jugak tapi cuba memandu dengan berhati-hati
ni eksiden kereta dengan lori
eksiden kereta dengan moto
sebab tuh hari-hari minta doa semoga perjalanan cik zira setiap hari pergi dan balik selamat
AMIN
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 15 november 2010 3.30 p.m.
No comments:
Post a Comment