hari rabu, cik zira dan cik buah hati pergi ke UUM untuk menghantar jubah konvo
walaupun masih berdukacita kerana konvo terpaksa ditunda, namun perlu gagahi jua ke sana untuk memulangkan jubah dan mengambil ijazah
kitorang bertolak dari Penang dalam kul 11 pagi macam tuh, breakfast pun dalam keta jek
sampai sahaja di highway Alor Star, jalan sudah ditutup, dilencongkan
tapi, on the way tu pun ada naik air, kereta pun kena merempuh air bah
jalan agak sesak sedikitlah sebab kereta kena merempuh air dalam keadaan berhati-hati
nak masuk ke jitra tak boleh, maka berlangsunglah kitorang ke arah Pokok Sena dan melalui jalan Kuala Nerang yang sape pernah lalu situ tahulah keadaan jalan situ bagaimana teruknya
lubang sangat super lubang lah senang kata, dahlah jalan panjang, hutan kiri kanan, tapi disebabkan itu sahaja jalan yang dilalui, maka bersabar sahaja dalam kereta
perut pun dah lapar, tapi nak kena bagi sampai dulu
bayangkan, sepatutnya kalau betul-betul, dari Penang ke UUM hanya 2 jam atau 2 jam lebih sikit, tapi kitorang sampai sket jek lagi nak pukul 3
amek masa sampai 4 jam sebab lalu jalan jauh
penat memang penat
sampai UUM keadaan lengang sahaja, macam takde orang, adalah graduan yang mengambil gambar berjubah tapi hanya 4-5 orang sahaja
perasaan cik zira masuk UUM?
masih berdukacita kerana hasrat hati ingin bersama teman-teman mengambil gambar menjadi graduan tidak kesampaian
nasib baik cik buah hati setia menemani di sisi, sekurang-kurangnya tidaklah berdukacita sepanjang masa
kitorang ke changlun dulu amek gamba studio memandangkan itu sahaja kenangan yang boleh disimpan memakai jubah
lepas dah amek gamba, masuk UUM semula dan bergambar sedikit
kemudian, pulangkan jubah dan amek ijazah dan transkrip
berjalan di dalam UUM sekejap kerana niat di hati nak makan cucuk-cucuk yang sedap itu
ke Proton, ke MISC dan ke Muamalat pun sumenye tutup
hampa kecewa sedih kempunan tidak dapat makan cucuk-cucuk dah sampai di UUM itu
bila lagilah nak merasa makan cucuk-cucuk itu, memang sedap tau, lagi-lagi dengan kuah dia
aduhai, tak boleh cerita nanti kempunan,, huhu
selesai segalanya, bertolak pulang, perut masih lapa
lalu changlun tiada masalah, lalu jitra nak terus ke highway alor star, jalan ditutup, masuk ke pekan jitra
masuk pekan, jalan juga ditutup
kereta semua berpatah balik
cik buah hati turun kereta dan bertanyakan polis jalan mana harus dilalui yang selamat
polis pun memberi arah
cik buah hati meneruskan pemanduan
(apekah skema sungguh ayat karangan cik zira ni, x paham x paham,, ;) )
masuk lagi jalan yang kot-kot boleh tembus tapi tetap di tutup jalannya
penat dan lapar
berhenti makan di kedai nama tak silap char kuey teow
tapi tak makan char kuey teow pun
cik zira makan bihun hailam dan airnya carrot susu
cik buah hati yang sangat lapar itu makan nasi putih + tomyam sotong + telur bungkus + kailan ikan masin
tidak sedap tapi oleh kerana lapa makan sampai licin
mana taknya asek duduk dalam kereta, mestilah lapa kan
cuba jalan mana yang boleh, merempuh air banjir tuh yang agak tinggi
banyak kereta berhenti tersadai sebab rosak, kesian
jalan memang banyak naik air tinggi plak tuh
memang teruk sangat keadaannya
cik zira tengok rumah-rumah yang ditenggelami air tuh rasa sedih sangat, mesti dorang sedih tengok rumah ditenggelami air, ada yang ditempatkan di sekolah, ada yang di masjid, kesian sangat dorang
cik buah hati dah agak tension
lalu jalan asek kena tutup , patah balik cari jalan lain
tapi bila lalu jalan ke Kuala Perlis tuh, dah lewat petang, air makin tinggi lalu jalan situ
dah jauh dah perjalanan, cik buah hati dah tak tahan asek nak merempuh air sebab kereta cik buah hati rendah, dia dah tak mampu nak teruskan dah
maka, berpatah lah balik ke jitra dan seterusnya ke changlun dan cik buah hati bertekad nak guna jalan Kuala Nerang tuh semula untuk balik ke Penang, itulah satu-satunya jalan yang tak naik air
cik zira dah takut dah, kalau siang pun nak lalu jalan tuh tak berapa nak lalu sangat, inikan waktu macam tuh, betul-betul baru maghrib
jalan Kuala Nerang tuh kalau sape tak tahu, memang panjang sangat, jalan sangat teruk sebab ada kuari sana-sini, jalan lubang dahsyat dan kiri kanan memang hutan tebal
malam-malam memang tak berani nak lalu, tunggu sekejap, tengok ada kereta, kitorang ikut kereta tuh
dalam hati tak berhenti berdoa semoga selamat keluar dari jalan itu
alhamdulillah
berjaya keluar dan ikut kereta pakcik tuh sampai luar, jalan masuk Pokok Sena kemudian Langgar dan balik semula ke alor star tapi lalu jalan dalam
air yang petang tadi tak tinggi sangat dah naik tinggi, ramai sangat orang, cik buah hati pun merempuh dengan cepat sebab tanak bagi kereta termati, kang kalau mati susah
memang jalan sangat teruk disebabkan banjir ni
dan dapat masuk highway alor star, cik zira pulak bawa kereta sebab cik buah hati sudah penat
kesian dia
cik zira bawa dan berhenti di gurun untuk rehatkan diri sekejap
sampai di gurun dalam kul 10.05 malam macam tuh
cik zira masuk toilet, baru nak masuk dah menjerit kecil sebab jumpa syira dan fiqa
alangkah happynya
boleh jumpa kat situ plak, dorang naik bas nak balik ke terengganu
tunggu dorang jap pastu salam peluk dan dorang pun nek bas, yelah lepas ni ntah bila dapat jumpa lagi
gerak dari Gurun tuh balik Penang dan sampai dalam kul 11 lebih
alhamdulillah selamat sampai tapi 2-2 penat sangat sebab perjalanan yang patutnya sekejap menjadi sangat lama dan terpaksa merempuh banjir dan kereta cik buah hati jadi teruk sangat
kesian kereta tuh, kena masuk mandikan dia,, hehe
secara kesimpulannya dari cerita panjang ini ialah, cik zira sangat bersimpati dengan nasib mangsa banjir
harap dorang kuat dan sabar menerima dugaan ini
cik zira tak dapat bayangkan kalau cik zira di tempat dorang, mesti sangat sedih
dan kepada teman-teman semua, walaupun tidak dapat berjumpa dan berkonvo bersama, takpelah, untuk keselamatan semua pihak
insya Allah, di lain masa dapat berjumpa dan berkumpul semula
inilah cerita seharian di kawasan banjir
memang sangat teruk
jadi dinasihatkan kepada sesiapa yang nak ke sana, lebih elok jangan, tunggu dahulu sebab banjir masih belum reda dan jalan banyak yang masih ditutup
dan kepada mereka yang berada di kawasan banjir, berhati-hati k, ini tidak, cik zira nampak budak-budak siap mandi manda, siap pakai pelampung kat tempat air tinggi, bahayalah tengok
tak nak sesuatu yang buruk terjadi
jaga keselamatan diri ye semua
jubah semua selamat dipulang
dan hari ini hari terakhir cik zira di Penang, malam ni bas pukul 9.30 bertolak balik ke JB
walaupun sekejap di sini, tapi amat bermakna
terima kasih tak terhingga kepada cik buah hati untuk segalanya
^__________^
p/s terima kasih membaca entry panjang ini.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 4 november 2010 9.55 a.m.
2 comments:
kita hanya merancang ALLAH jua yang menentukan segalanya... huhuhu akak pun tumpang sedih dik... sabar yek!
haah kak, terima kasih banyak-banyak, t ada masa jumpa ye kak,,
Post a Comment