assalamualaikum dan salam sejahtera buat semuanya
hari ini semangat dan ceria macam semalam juga, dan hari ini hari kedua bertugas dan kembali ke sekolah
semalam Mesyuarat Pertama 2011 di Hotel Selesa, Pasir Gudang
bermula seawal 7.30 pagi untuk pendaftaran dan berakhir 2 petang selepas sesi jamuan tengah hari
cik zira keluar rumah pun dalam 6.55 cenggitu dan sampai di Hotel Selesa itu sebelum pukul 7.15
best sangat memandu sebab jalan tak jam, mungkin sebab keluar awal, jadi jalan masih tak jam, kalau keluar lambat, mesti jam, hari ini keluar rumah kena awal, sebelum 7.30 sebab masuk bertugas pukul 8
kalau jam pun, sempatlah sampai sebelum pukul 8 pagi
oh, nak bercerita pasal mesyuarat semalam sebenarnya
nak cerita pasal makanan tapi sayang tak diamek pulak gamba-gamba makanan tu semua,, huhu
cik zira bawa bekal macam biasalah, bik ani gorengkan curly fries + jemput-jemput ikan bilis + sos thai
makan pagi pukul 10, makan bihun goreng + kuih muih
makan tengah hari pukul 1.10, makan nasi putih + daging masak kicap + asam pedas ikan sembilang + sambal tumis petai, sebenarnya banyak jugak lauk tapi cik zira amek yang berkenan jek
nampak sambal petai, begitu teruja tapi tak boleh lawan sambal petai bik ani lah,, hehe
ha, itulah makanan cik zira di Mesyuarat di Hotel Selesa semalam, pasal mesyuarat tanak ceritalah, mana ada orang suka mesyuarat ye tak, kena mendengar jek, pulak tu lepas makan yang pukul 10 tuh, masing-masing dah kekenyangan, mata sume dah layu jek, cik zira pun sama, sebenarnya mengata diri sendiri tuh tapi gagahkan jua sebab kalau dulu masa belajar dalam kelas boleh jek bantai tido, tapi sekarang dah jadi cikgu, takmo buat perangai tido ye cik zira oi, beringat sikit, ngee
balik pun tak jam, singgah pejabat pos, pos barang kemudian balik
balik mandi solat sume terus nampak katil, tido barang sejam sebab sangat mengantuk dan penat mendengar masa mesyuarat dan penat makan barangkali,, ;)
hari ini sehingga hari jumaat kena pergi sekolah masuk kul 8 dan habis pukul 12.30 tengah hari
oh, dan hari sabtu bertarikh cantik itu 1.1.11 pun kena pergi sekolah kerana pendaftaran budak comel dajah 1, jadinya hari ahad sahaja cuti kerana hari isnin sudah mula sesi persekolahan bagi tahun 2011
wah, tak sabarnya!!
harap tahun 2011 ini berjalan dengan lancar dan cik zira akan cuba menjadi seorang guru yang baik untuk anak-anak murid tersayang, insya Allah
bak bait-bait lirik Guru Malaysia,
kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji,
mendidik dan memimpin putera puteri negara kita
mendidik dan memimpin
itu tanggungjawab cik zira dan semua guru Malaysia
insya Allah, akan cik zira laksanakan sebaik mungkin,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 disember 2010 6.23 p.m.
2 comments:
like.. like... like... :)
i like too,, =)
Post a Comment