SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, December 29, 2010

29 Disember 2010




salam hari rabu buat semuanya
hari ni kena keluar rumah awal dari semalam sebab semalam keluar 7.30, sampai pun dah terlewat sikit. kalau keluar lambat, jalan jam sampai lambat. jadi, pengajarannya, kena keluar awal sikit supaya tidak sampai lewat oleh kerana hari ini ada mesyuarat HEM pada pukul 8 pagi tak silapnya. 






semalam agak kecewa kerana shawl tidak menjadi. dalam kereta satu pin pulak boleh hilang, dahlah takde spare pin, kecewa sangat. tudung serabut betul. lantaklah. keje nak gi toilet jek sebab nak betulkan tudung. balik sampai rumah memang tudung dah berserabut habis. dah macam hantu pun ada.






hari ini pakai tudung kemas-kemas. harap-harap tak jadi seperti semalam.






semalam cik zira pakai blouse labuh warna oren + kain labuh warna hitam + shawl
hari ini pulak blouse biru + kain hitam + cotton shawl dark blue






semalam jugak ada meeting cikgu-cikgu bahasa inggeris. cik zira dilantik menjadi penyelaras bilik SAC. bilik SAC ni kira macam bilik sumber maklumat lah. lepas meeting semalam cik zira masuklah dalam bilik SAC tu sebab tak pernah masuk lagi. Ya Allah, keadaannya memang haru biru. kalau cik zira kemas sorang, mahu amek masa 2 minggu sebab memang bilik tuh tak terurus. bersepah sangat. 






jadi, oleh kerana dilantik dan dengan rela hati cik zira menggalas tanggungjawab itu, cik zira akan cuba yang terbaik. langkah pertama ialah mengemas dahulu bilik SAC tuh sampai bersih dan kemas juga tersusun semua barang-barangnya. bila dah siap kemas baru ke langkah kedua iaitu mencantikkan dan menghias bilik itu.  insya Allah, buat pelan-pelan, mesti boleh. tapi kena amek masa jugak.






selain menjadi penyelaras bilik SAC, cik zira juga dengan sukarela menjadi penyelaras untuk English Day iaitu setiap hari khamis. masa perhimpunan, cik zira akan bagi budak-budak satu perkataan untuk dorang, dan dorang kena ingat, tulis dalam message book atau pun buku english dengan makna sekali. dalam masa 5-10 minit cik zira harap, cik zira dapat menjayakan english day itu setiap hari khamis. kena buat paper work dan kalau program ini berjaya, nanti bolehlah buat laporan kejayaan cik zira. insya Allah.






wah, kerja makin banyak ni. belum mula sekolah hari isnin ni lagi. konpem kerja bersusun. kena tenang, dan buat kerja mengikut kepentingan. siapkan kerja mengikut masa. insya Allah, dapat setelkan semuanya dengan mudah.






tadi dah tengok pelan kedudukan kelas. kelas cik zira 2F di tingkat atas sekali bersebelahan tandas. kang budak-budak tuh keje nak pergi tandas jelah jawabnya. kena bagi amaran awal-awal. hehe






hari ini?
tak tahulah dapat tugas apa pulak. harap-harap tiada lah dan boleh kemas bilik SAC tuh sikit. 






buat yang masih bercuti tu, selamat bercuti lagi ye. yang dah bertugas sama dengan cik zira, sama-samalah kita menjalankan tugas dengan penuh dedikasi ye..
senyuman tuh perlu sentiasa di bibir k.. barulah boleh buat kerja dengan perasaan tenang sahaja, insya Allah







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 28 disember 2010 2.54 p.m.

4 comments:

simerahyangadebelog said...

assalamualaikum....akak, saye nak tanye pndpat akk berkenaan mix n match baju ngan tudung lah..boleh x?? so canne ek nk tanye akak tu.masksud sy dr segi ape yg kite leh borak2 ke....

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

waalaikumsalam,,
nak borak2 ye,, boleh2,, sms lah, kamo duduk mana? kalau duk jb boleh je jumpa,, =)


sms kt k dEar,, =)

simerahyangadebelog said...

kite dok kl la kak....nanti kite meses akak ek....thanks..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

dah msg dah pun,, hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails