SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, December 21, 2010

bukan senang nak masuk kedai buku. pulak tuh siap beli buku.




untuk pengetahuan, cik zira adalah sangat tidak suka baca buku ape tah lagi buku berilmiah
dari kecik sampailah ke besar
sape yang pernah jadi rumate cik zira fahamlah cik zira macam mana
kalau time exam tuh, buku adalah ubat tido paling mujarab
tapi heran, masa sekolah rendah boleh jadi pengawas pusat sumber yang sendiri tak pernah pinjam buku atau baca buku,, hehe






kalau pergi mana-mana mall pun, takde pun teringin nak masuk kedai buku yang besar tuh
tak tahulah kenapa, mungkin sebab takde nak beli pape pun
kalau masuk pun nak buat apa kan,, huhu
ini amalan tidak baik ye, jangan diikut,, 






jadi, semalam, setelah bertahun tak masuk kedai buku dengan niat nak membeli buku, cik zira pun masuk Harris dekat Jusco tuh
besar tau, memang best, macam-macam ada, bukan setakat buku jek






masuk jek terus cik zira cari buku yang nak dibeli
mula-mula tu tersalah, pergi bahagian buku Bahasa Inggeris tapi untuk SJK, hehe
beberapa minit jugaklah duk membelek buku kat bahagian tuh, tapi memang pelik apasal sumenya ada tulisan cina, last-last baru faham, dah tersalah tempat,,, ;)






carilah plak bahagian buku bahasa inggeris SK
terjumpalah dan sangat seronok, macam-macam buku ada
cik zira mencari buku untuk darjah 2 dan darjah 3, buku yang semuanya ujian sebab cik zira kena buat soalan ujian, jadi nak beli buku nak jadikan contoh nanti
cari punya cari, sambil duduk siap sebab nak pilih mana yang ok
cari plak sume nak yang murah jek sebab nak beli 2-3 jugak, nanti bolehlah guna masa mengajar sekali






setelah puas membelek, cik zira pun ameklah 4 set buku untuk darjah 2 dan darjah 3
cik zira beli buku-buku ini :


  • buku rampaian terbitan cemerlang RM 3.50 
  • Siri Ujian ILMU terbitan Pustaka Seri Cahaya RM 2.20
  • Praktis Bijak terbitan Unik RM 1.90
  • Easy Practice terbitan Gapura Cita RM 2.20


setiap buku tu cik zira beli darjah 2 dan darjah 3
macam-macam latihan dan ujian ada dalam buku-buku yang cik zira beli tuh
memang berguna untuk mengajar nanti kalau nak bagi budak-budak latihan banyak-banyak






cik zira nak mula buat soalan ujian tapi tak boleh, kena tunggu mesyuarat 27 disember ni tanya akak kat sekolah balik 
sebabnya, cik zira tak tahu tajuk apa yang masuk dan format ujian macam mana, kang buat tersalah, buang masa jek buat penat-penat
nampak macam senang nak buat soalan ujian, tapi tak sesenang yang dilihat
banyak benda nak kena buat jugak
oleh itu, cik zira mengambil keputusan, simpan dulu buku-buku yang dibeli ni, tengok-tengok dulu
nanti dah tahu macam mana nak buat, boleh buat dan rujuk buku yang ada ni
harap dapat siapkan cepat sebab nanti dah naik sekolah dah sibuk nak uruskan banyak perkara


total beli buku semalam hanya RM 25.50 sahaja 
tapi macam-macam buku dapat,, happy!




selain buku-buku yang cik zira bagi tahu tu, cik zira ada beli buku lain tau
masa dah nak bayar, cik zira nampaklah buku comel-comel jek
terus pergi dan tengok
rupanya buku-buku mini handbook keluaran EPH Publishinh SDN BHD, siri warisan bahasaku
banyak siri dia, bahasa melayu ada, bahasa cina pun ada, tapi cik zira amek yang Bahasa Inggeris untuk panduan cik zira
buku sangat comel dan cik zira boleh bawa hari-hari letak dalam beg, agak-agak bosan boleh baca dan tambah pengetahuan
walaupun buku tuh kecik tapi dalam dia macam-macam ada tau
harga pun murah, RM 1.90 jek untuk satu buku, memang berbaloilah cik zira beli






contohlah cik zira bagi satu proverb ye : " Hunger is the best spice."
maksudnya : when you are really hungry, everything tastes good and you eat up everything placed in front of you.
ha, kiranya, kalau makan masa betul-betul lapar tuh lagi bernikmat sebab tengah lapa tuh, apa jek ada depan mata akan rasa sedap.. hehe






apalah cik zira ni, dalam banyak-banyak proverbs yang ada dalam buku tuh, proverbs pasal makanan jugak nak amek, betul-betul menggambarkan diri sebenar,, hehe






dan macam-macam lagilah ilmu yang boleh dapat daripada mini handbook tuh
ada buku grammar, ada vocabulary, ada synonyms, idioms, proverbs dan banyak lagilah hanya dengan buku mini berharga RM 1.90 itu sahaja
dan sebagai guru bahasa inggeris, masih banyak yang cik zira perlu belajar dan buku-buku mini ini pasti dapat membantu cik zira






sekali masuk kedai buku, macam-macam dapat
lepas ni kena selalu masuk kedai bukulah sebab nak kena cari buku,,, =)






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 21 disember 2010 2.18 p.m.

2 comments:

adilah said...

salam kak zira..Bukan kak jer macam tu Dila pun sama. Sama-sama kita ubah di tahun baru ini..insallah. Yang penting mesti Istiqamah yer x ?

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

wsalam dila,,
em, haah, harap2 lepas ni lebih banyak buku kita akan beli untuk rujukan dan lebih keraplah kita masuk kedai buku,,


insya Allah,,
thanx dila,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails