SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ..:: shopping ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: shopping ::... Show all posts

Sunday, December 29, 2024

Shopee : Mini Powerbank Comel

seumur hidup cikzira kan, ini pertama kali cikzira beli powerbank. betul, tak tipu. kalau tak pergi mana mana usung charger tumpang cucuk dekat plug yang ada. kalau drive cucuk charger dalam kereta. 

tapi, disebabkan baru baru ni cikzira pergi lawatan tahun 6 ke kedah dan perlis tu bateri cepat habis dua dua fon sebab guna untuk update live di fb sekolah. pastu dekat padang besar buat muka tak malu minta tolong dengan adik kedai tu nak tumpang cucuk charger dekat plug.

maka, rasanya dah sampai masa untuk cikzira beli powerbank. senang emergency kalau bateri kritikal. cikzira tak suka benda yang besar susah nak bawa merata. jadi, nak beli powerbank pun nak yang kecik senang usung. sebab beg cikzira sume jenis kecik kecik je tak suka bawa beg besar. 

tapi disebabkan takde warna merah powerbank comel ni, cikzira amek warna putih jela warna selamat. senang je tau korang cucuk je dekat fon melekat terus dekat fon charge bateri. macam gambar dekat bawah ni. 


ha, apa tunggu lagi tu? siapa siapa yang bercadang nak beli powerbank yang praktikal, bolehlah beli powerbank mini comel ni. harga pun ok sangat. beli dekat sini 👉🏻 POWERBANK MINI COMEL

Shopee : Set Karaoke Comel

baruni cikzira ada beli set karaoke comel tau dekat shopee. beli sorang satu, khalisah 1 warna beige. abdul khaliq satu warna biru. beli dua design nak tengok ok ke tak. 

sampai sampai terus buka nak test. memang comel betul. speaker comel mic pun comel. boleh connect ke phone guna bluetooth. yang bestnya sebab mic tu boleh tukar tukar suara tau. jadi suara besar jadi suara kartun. 



anak-anak memang suka tau. mak budak pun join sekali. 
yang bestnya harga murah je belas belas ringgit je. bolehlah buat mainan nyanyi nyanyi anak-anak. 

korang kalau nak beli, meh beli dekat sini 👉🏻 SET KARAOKE COMEL

Monday, January 2, 2023

Set Pinggan Mangkuk Merah

Salam Tahun Baru 2023 untuk semua❤️
Tak ingat dah ni tahun ke berapa cik zira menulis di blog merah ni. Tapi, In Sha Allah selagi rajin berkongsi dan menaip cik zira akan terus buat sharing dekat blog merah kesayangan ni. 

Ok post pertama tahun 2023 ni cik zira nak share set pinggan mangkuk warna merah yang cik zira baru beli minggu lepas. Sangat happy akhirnya dapat jugak pakai pinggan mangkuk cawan warna merah.

Kalau sebelum ni guna set kaca ikea yang warna putih tu, tapi lepas jumpa je set merah ni terus simpan set ikea tu. Wajiblah bagi nampak merah tu baru lah puas hati kan. Berseri je nak makan pun. 

Cikzira beli set ni dekat dalam mydin. Kalau beli 1 dia mahal sket, kena beli 3 pcs untuk potongan seringgit setiap satu. Kalau beli 10 lagi dapat diskaun banyak sket lah. 

Material set ni dari melamine yang tebal dan boleh masuk microwave tau. Sebab tu harga dia mahal. 



Cik zira beli:
🍽️ 6 pinggan 10"
🥣 3 mangkuk besar
🥣 3 mangkuk kecik
🥛 4 cawan 
TOTAL RM157.50

Beli sket je buat buat ada untuk makan sendiri dekat rumah. Janji puas hati dapat set merah ni. Nak makan pun senyum je.

Cikzira ada jugak search dekat shopee tapi tengok harga murah takut plastik yang biasa tu. Yang cik zira beli ni memang melamine yang tebal. Sebab tu harga dia boleh tahan. 

Korang kalau mencari boleh lah beli dekat dalam mydin tau bahagian pinggan mangkuk. Susah nak cari set warna merah ni jadi bila jumpa wajiblah beli. 

Saturday, November 19, 2022

Spender murah anak

Masa cik zira bercuti kat lumut cuti deepavali haritu kan, cik zira sempat singgah dekat kedai kedai sebelum gerak balik penang. 

Masuklah satu kedai jual baju baju nama kedai tu Pasarayaku. Baju baju dia tak berkenan sangat sebab mahal mahal jugak lah. 

Tapi kasut ok murah, belikan abdul khaliq sepasang selipar ultraman harga rm9.90 tak silap. Selipar getah selesa sedap pakai. 

Lepastu apa yang best kedai ni, spender budak budak murah sangat sangat! Untuk khaliq 3 helai rm4 je tau korang. Dekat longwan pun tak dapat harga ni.



Spender jenis material sedap pakai tu kartun kartun. Belikan 2 set untuk khaliq. Untuk khalisah pun amek saiz 2xl untuk girl pun masih murah 3 helai rm6/7 je macam tu. Material memang best untuk budak budak pakai jenis memeri tu. 

Dekat pasar malam pun dah susah nak dapat harga murah kan. Dekat situ haritu murah sangat. Seb bek stok spender banyak lagi kalau tak dah borong banyak banyak. 

Mak mak kan, macam ni lah perasaan bila dapat murah dan best excited tu lain macam🤣

Wednesday, July 20, 2022

Foundation Best

Dulu cik zira tak reti tau pakai foundation. Beli macam macam jenis macam macam brand foundation. Yang murah beli yang mahal pun beli.

sudahnya sebab tak tahu cara nak pakai, buang je atau kasi orang sebab baru pakai tak sampai 10 pump. 

Tapi sejak try foundation brand o.two.o ni jatuh cinta terus. In love teruk. 

Senang je nak apply, basahkan sponge pastu dab dab je foundation tu dekat muka. Takyah bekerja keras sangat.

Foundation o.two.o ni untuk harian sangatlah sesuai. Sebotol tu walaupun cik zira pakai hari-hari punyalah lambat nak habis. Tahan lama sungguh. 

Muka nampak berseri bila pakai foundation o.two.o ni. Yang botol tinggi tu memang dah bertahun cik zira pakai. Code 2 untuk kulit cik zira taklah cerah sangat taklah gelap sangat. 


Yang botol petak sket tu cik zira baru nk try. Dah try haritu pun best jugak. 

Takyah pun beli mahal mahal harga kayangan. Beli foundation o.two.o ni pun boleh nampak cantik muka tu. 

Korang boleh cari dekat shopee tau brand ni macam macam lagi ada jual. Best!

Thursday, July 7, 2022

Nak cari high heels selesa

Cik zira ada satu masalah besar bila cerita pasal kasut. Tak tahu sejak bila cik zira susah nak cari kasut yang selesa yang bila pakai tak sakit kaki.

Sakit kaki tu bukan sekadar melecet, tapi dia kadang kadang sampai boleh kejang tapak kaki bila pakai kasut yang tak selesa.

Pulak tu nak cari kasut nak merah. Memanglah lagi menjadi masalah besar kan?

Pastu sampai pernah budak dekat sekolah tanya, "teacher kenapa pakai kasut lelaki" 

Aduh aduh sedih teacher mendengarnya. Teacher nak sangat pakai kasut tinggi cantik pompuan pompuan, dah pakai tapi sehari jela bila sakit kaki terus simpan. Yang mahal ke yang murah pun sume cuba beli cuba pakai. Tapi last last kaki sakit jugak. 


Takpelah pakai kasut macam lelaki, janji kaki tak sakit senang nak bergerak laju laju. 

Tadi pergi berjalan, saja gatal nak masuk bata sebab dah terlalu. Memang tahu dah takde kasut merah yang selesa. Tapi terpandang display depan kedai bata tu. Bata Flexible. Saja try. Masuk kaki macam selesa jugak. Lepastu minta dua dua belah nak try jalan. 

Try pun macam ok. Lepastu berkenan tengok cantik je bila kaki pakai. Jadi beli jela. Walaupun tak merah tapi sedapkan hati boleh je pakai stokin merah. Merah tetap wajib kena ada.



Bata Flexible ni tadi kasut tinggi bertutup yang cantik Smart dan selesa sebab cushioned. Tadi semua harga RM139 takde offer.

Korang yang mencari cari kasut kerja yang selesa cantik bolehlah nanti try dekat BATA tau. 

Monday, June 6, 2022

Suit & Abaya Pleated Merah

Dah lama plak tak share OOTD cik zira pakai warna favourite tegar cik zira kan. Mestilah warna MERAH kan warna apa lagi.

Hari hari sebenarnya cik zira share OOTD cik zira dekat story dalam wasap IG dan FB. Yelah, kerja membeli baju je kan selalu kena la hari hari pun amek gamba. Nanti senang nak letgo baju pun post je gamba sebab memang sume baju ada gamba selfie. Hehe


Ok untuk post harini cik zira nak share dua gaya berbeza. Satu cik zira pakai suit merah iaitu Lalisa Set dari She Dazzle harga RM149 exc poslaju. Material scuba dan cutting sangat modern casual dan trendy. 

Cik zira match kan dengan skirt extender putih untuk gaya lebih sopan dan cantik. Extender putih tu cik zira beli dekat shopee je RM9 macam tu tak silap.



Suit ni cik zira pakai masa birthday cik zira Mac lepas. Match kan lagi dengan anzalna shawl dari Loveta. Harga shawl tu RM59 Dia attach sekali dengan inner dan ada tali untuk ikat. Material pun premium chiffon. 

Simple outfit tapi still nampak kelainan kan bila keluar. Takdelah nampak kelam je. Bila pakai macam ni dengan warna merah maroon ni memang nampak kan cik zira seorang wan ita yang confident dan berjiwa besar. Ececeh!

Ok next, cik zira share pulak look hari Jumaat. Pergi sekolah pakai Abaya pleated diamond. Beli dekat IG jugak masa promo dapat harga RM189 exc pos. Warna merah maroon yang memang warna cik zira. Pun sama cik zira pakai dengan anzalna shawl yang sama. Padahal di bulan berbeza. Tapi sebab best pakai anzalna shawl tu repeat la kali kedua. Hehe



Siapa yang masih belum ada pleated Abaya ni, wajib grab buat koleksi. Sebab walaupun Abaya, tapi bila pakai tu nampak sweet elegant terus tau. Pakai plak dengan shawl. Memang nampak sopan tapi dalam masa sama kekal kan gaya Anggun tu. 

Cik zira suka bergaya. Kadang tak perlu try hard pun. Kita tengok mix n match kan baju dan tudung yang sesuai. Janji confident nak pakai. Tapi jangan sampai petak petak bunga bunga sume dalam satu gaya, pening orang yang tengok pun. 

Ingat, simple pun takpe janji nampak cantik dan kemas. 

Wednesday, December 29, 2021

Abaya Pleated

Cik zira mula berkenan dengan Pleated Lace Abaya ni bila tengok ramai artis dengan selebriti pakai. Tengok dorang pakai Masha Allah cantik sangat.

Lepastu cik zira pun beli la sehelai nak cuba. 

Serius korang, memang bila pakai auto cantik. Auto slim. Berbaloilah beli mahal mahal untuk sehelai tu tapi bila pakai sangat puas hati. 

Flowy sangat dan sangat selesa. 

Kalau korang nak beli cik zira suggest beli dekat sini

Tauke kedai nama fiona orang aloq staq peramah baik dan staf sume baik baik.

Sekarang Pleated Lace Abaya dekat ig ni RM189 antara termurah la. Korang pergi je terjah ig tu lepastu whatsapp admin tanya pasal pleated lace abaya ni k. 

Cik zira pakai warna purple lavender macam tu. Cantik kan? Cepat pergi beli❤️

Thursday, November 18, 2021

Sandal Merah

Cik zira ni kalau bab macam kasut ke beg ke fon ke memang akan cari warna merah. Kecuali macam takde sangat sangat merah barulah amek warna lain. 

Selama ni memang nak beli sandal merah tapi tulah kaki cik zira sejenis sensitif. Susah nak cari yang selesa.

Baruni ada masuk parkson. 

Terjumpa sandal merah. Kata staf situ new arrival baru je sampai. Brand camel active. 


Pegang dekat display tu angkat mak ai ringan. Dan nampak macam selesa sangat sangat. 

Cik zira pun minta saiz nak try. Dah try memang sedap sangat pakai. Selesa sangat walaupun cik zira pakai dengan stokin tak licin pun. Terus kata nak. 

Ada jugak warna warna lain sandal ni, tapi bagi cik zira hanya lah merah❤️

Tuesday, October 26, 2021

Setelah lengkap 2 dose

Haritu setelah habis iddah 2 vaksin lengkap, maka cik zira pun keluarlah dengan khalisah. Pergi queensbay mall je masa weekdays. Orang tak ramai. Yelah masih takut takut nak keluar lagi kalau orang ramai.




Pergi shopping sket lepastu pergi makan dekat sushi king. Kiranya 1st dine in selepas PKP la tu. Happy sungguh lah dapat keluar jalan shopping makan macam dulu dulu.



Dah boleh keluar berjalan bawa khalisah dengan khaliq bila cuti weekend. Happy sangat, alhamdulillah. Tapi ingat ye, kita kena jaga diri kita sendiri. Jaga SOP jaga jarak jaga kesihatan. 

Thursday, August 19, 2021

Shopping PKP

Sejak PKP tahun ni yang cuti bulan puasa tu sampailah ke 6 Ogos 2021, cik zira tak pernah keluar pergi shopping. Semuanya online, shopee dengan pergi beli dekat kedai runcit dalam kampung ni je. Memang tak keluar pergi shopping batang rumah.

Baruni 6 Ogos hari Jumaat dapatlah cik zira pergi shopping barang rumah dekat tesco setelah sekian lama tak keluar.

Perasaan tu?
Tak tahu nak cakap macam mana happy, sebab mak-mak, isteri-isteri ni dapat pergi beli barang rumah pun dah happy sangat sangat dah.



Bersiap pun elok elok padahal nak gi tesco je pun, punyalah penangan dah lama tak keluar rumah bersiap. Keluar pun pergi vaksin 1st dose masa 10 Julai haritu.

Syok sangat dapat shopping penuhkan trolley. 



Mari lah sama-sama kita berdoa semoga covid ni cepat cepat pergi, Semua cepat sembuh dilindungi daripada penyakit jahat ni. Kita semua dapat kembali hidup normal macam dulu-dulu. Aamiin

Thursday, August 5, 2021

Cara Simpan Tudung

Sebelum ni tak silap cik zira pernah share cik zira simpan bawal kesayangan cik zira dari #hijabersfever tu dalam kotak kecik kecik kan?

ok, harini cik zira nak share yang AKHIRNYA cik zira dapat jugak gantung bawal best dari #thehijabco dengan bawal bawal dan shawl lain lain yang melambak tu guna hanger. Akhirnya!

Patutnya stand tu cik zira gantung baju baju encik suami, tapi cik zira bawa turun baju baju dia sume dekat bilik bawah, jadi SPACE tu untuk tudung tudung cik zira. Yay!

Barulah senang nak belek nak pilih, kalau tak duk berlipat dalam gobok. Payah nak pilih. Sekarang dah senang dah.



Untuk tudung Syria, tudung instant bawal yang lain cik zira lipat macam biasa simpan sebab payah nak gantung hanger macam tu takde klip.

Anak tudung pun cik zira gulung isi dalam bekas comel tu. Sume benda banyak kan cik zira ni, tapi.... kena duduk rumah je sekarang. Kes makin banyak, semalam je nak cecah 20k positif dan 200 lebih kematian. Sedihnyaa 

Korang duduk rumah tau kalau takde apa, kemas lah rumah buang mana tak patut. Cik zira dah berkemas jugak rumah banyak kali ni buang benda yang tak guna dah. 

STAY SAFE korang. Semoga kita semua dilindungi dari covid ni dan dipanjangkan umur. Aamiin

Sunday, July 11, 2021

Shopee Nestle Icecream


Cik zira nak share pengalaman cik zira order aiskrim nestle dari shopee. Ha, mesti ada yang tak tahu kan dekat shopee pun boleh beli aiskrim?

Boleh guys... shopee semua boleh.

Pergi cari nestle icecream lepastu add to cart mana aiskrim yang korang suka. Buat payment. Tunggu je aiskrim sampai depan rumah.




Haritu aiskrim sampai dalam masa 5 hari tak silap. Ada runner hantar pakai motor je sebab order cik zira tak banyak kotak kecik je. Kalau oder banyak kadang kadang hantar pakai lori nestle tu.

Jangan risau aiskrim tak cair masa sampai tu. Beku lagi. 

Ha dah tu apa lagi korang, cepat pergi shopee sekarang!

Thursday, July 1, 2021

Tudung Hijabersfever

Cik zira kalau dah suka satu satu benda tu, memang akan beli banyak banyak. Dan kalau nak cerita pasal tudung, cik zira jenis tak sangat nak membeli tudung mahal mahal. Layan je tudung murah kadang beli borong sekoci sebab suka benda sama cuma nak warna dan corak berbeza.

Kalau baju ke cik zira tak kisah nak beli yang mahal seratus lebih sepasang sebab tu baju. Kalau tudung tu cik zira lagi prefer yang murah je. Paling mahal pun cik zira beli #thehijabco yang sehelai RM69 ha yang ni pun collection cik zira berhelai helai...

Tapi takpe, masing masing membeli pun guna duit sendiri kan. Terpulang pada pandangan masing masing.

Ok berbalik kepada Tudung Hijabersfever ni. Cik zira dulu pergi kerja memang pakai shawl instant dua muka tu beli borong ada banyak colour la macam biasa kalau beli banyak terus. Memang bertahun lah pakai shawl instant dua muka tu.

Pastu terjebak dengan bawal #thehijabco. Kiranya dua brand ni memang tudung yang cik zira suka sangat. #hijabersfever ni dia tudung bawal instant. Jenis sarung je auto siap auto cantik awning sume jadi terus. Nak iron pun mudah takyah bekerja keras sangat.

Memang jadi tudung cik zira pergi kerja atau gi jenjalan. Dah ada 35 helai semuanya. Dulu cik zira lipat pastu susun tinggi tinggi. 

Tapi susah plak nak bagi nampak warna yang ada. Jadi, cik zira guna organizer lipat dan gulung tudung pastu susun dalam tu. 


Jadi, senang nak nampak warna satu satu. 

Yang bawal ke shawl lain lain cik zira masih lipat macam biasa dan susun meninggi dekat bahagian tudung dalam rak tu. 

Korang simpan tudung bebanyak tu macam mana eh?

Wednesday, June 23, 2021

Mini Garlic Chopper



Blender ada, lesung batu yang tradisional yang best tu pun ada. Tapi, jadi mak mak ni dia ada satu masa yang malas nak guna blender beso tu sebab nak blend sket je. Kadang ada masa malas nak tumbuk lesung batu. Memang ada kala malas tu akan sampai. 

Jadi, time malas ni sampailah, cik zira suka guna mini chopper. Sebab mudah sangat. Takyah nak bersusah payah. 

Dulu cik zira guna chopper yang tarik tarik pakai tangan tu yang warna merah ni. Memang best mudah je nak blend. Tarik beberapa kali hancurlah semua yang nak diblend tu. Lama jugak pakai yang merah ni sampailah habis riwayat dia sebab cik zira ganas tarik kuat sangat sampai terputus talinya. Setahun jugak berjasa. 


Pastu nak cari pengganti. Nak cari yang comel murah berguna berjasa. Tapi sayang takde warna merah. Ada warna putih je. Takpe, kita beli je sebab nak cari pengganti baru.

Ya Allah masa sampai tu happy tak terkata lah. Sangat best. Tak yah tarik tarik dah lagi. Tekan je atas tu laju je dia tolong hancurkan bahan bahan semua. 



Charge pun senang macam charge phone. Dia ada kasi wayar. Harga pun murah je alahai. Memang berbaloi la untuk ada dekat dapur kita semua. Time malas guna je chopper ni. Dahlah comel tapi kecik kecik cili api sungguh. 

Ni khairulaming pun review dekat IG story dia tau sama yang macam cik zira beli ni. Serius best tau korang.

Benda murah kadang lagi berguna dari yang mahal mahal. Tak percaya, korang cuba beli dulu satu😊

Saturday, June 19, 2021

Panda Mart

Ni cerita bulan lepas. Oleh kerana tesco online fully booked, biasanya memang shopping online je tesco bila time PKP. Tak PKP pun kadang rasa malas nak pergi, oder je online tunggu lori tesco sampai depan rumah.

Alkisah, saja tengok panda mart, skali eh ada tesco dah. Dulu awal awal takde. Belah seberang yang ada panda mart untuk tesco.

Jadi, punya excited nak bershopping, cik zira pun cuba. Tapi pilih yang bayaran cash bila barang sampai. Sebabnya payah kang ada barang tak cukup ke barang tak sampai ke dah kena tunggu plak duit nak masuk semula kalau bayar online atau debit card.

Tunggu punya tunggu punya tunggu....

Akhirnya.... tak kesampaian. Dicancel lah order cik zira setelah 3 jam lebih tak silap. 







Barang cik zira oder pun banyak. Tak reti orang tu nak tolong shoppingkan😅

Maka, dengan hati yang sedih teruslah cari barang yang nak dibeli tu dekat shopee je. Tak mahu dahlah panda mart tesco dah. Memang tak akan jadi kenyataan lah nak tengok barang sampai dekat rumah.

Nasib baik dapat voucher RM6 food panda bagi atas kesalahan membuat cik zira tertunggu tunggu dan ternanti nanti. 

Wednesday, June 9, 2021

NOKO RM2

Selain ECOshop, NINSO, ada lagi satu kedai berhantu nama NOKO yang barang nya RM2. Dekat penang ni ada dua NOKO satu dekat ayer hitam, satu dekat dalam Sunway Carnival Mall Seberang Jaya.



Cik Zira ada buat video BOLEH KLIK SINI kalau nak tengok cik zira khalisah dan khaliq pergi shopping dekat NOKO ye☺️

Banyak sangat barang best cik zira shopping time tu. Dan salah satunya ialah sabun dan syampu badan Jojo untuk budak budak. Bau dia sangat wangi.



Jadi, cik zira repeat order dekat shopee rupanya ada NOKO jugak. Cik zira beli sabun dan syampu Jojo tu. Boleh buat refill.

Banyak jugak barang best dekat NOKO yang berguna untuk kita mak mak dekat rumah ni. Korang boleh try tengok dekat shopee jugak lah ye kita elakkan keluar rumah. #kitajagakita


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails