SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, July 1, 2021

Tudung Hijabersfever

Cik zira kalau dah suka satu satu benda tu, memang akan beli banyak banyak. Dan kalau nak cerita pasal tudung, cik zira jenis tak sangat nak membeli tudung mahal mahal. Layan je tudung murah kadang beli borong sekoci sebab suka benda sama cuma nak warna dan corak berbeza.

Kalau baju ke cik zira tak kisah nak beli yang mahal seratus lebih sepasang sebab tu baju. Kalau tudung tu cik zira lagi prefer yang murah je. Paling mahal pun cik zira beli #thehijabco yang sehelai RM69 ha yang ni pun collection cik zira berhelai helai...

Tapi takpe, masing masing membeli pun guna duit sendiri kan. Terpulang pada pandangan masing masing.

Ok berbalik kepada Tudung Hijabersfever ni. Cik zira dulu pergi kerja memang pakai shawl instant dua muka tu beli borong ada banyak colour la macam biasa kalau beli banyak terus. Memang bertahun lah pakai shawl instant dua muka tu.

Pastu terjebak dengan bawal #thehijabco. Kiranya dua brand ni memang tudung yang cik zira suka sangat. #hijabersfever ni dia tudung bawal instant. Jenis sarung je auto siap auto cantik awning sume jadi terus. Nak iron pun mudah takyah bekerja keras sangat.

Memang jadi tudung cik zira pergi kerja atau gi jenjalan. Dah ada 35 helai semuanya. Dulu cik zira lipat pastu susun tinggi tinggi. 

Tapi susah plak nak bagi nampak warna yang ada. Jadi, cik zira guna organizer lipat dan gulung tudung pastu susun dalam tu. 


Jadi, senang nak nampak warna satu satu. 

Yang bawal ke shawl lain lain cik zira masih lipat macam biasa dan susun meninggi dekat bahagian tudung dalam rak tu. 

Korang simpan tudung bebanyak tu macam mana eh?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails