SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, June 26, 2021

Viatnamese Roll Besar Padu

Akan ada satu masa yang tiba tiba korang rasa eh, teringin nya nak makan ni. 

Maka, terjadi kepada cik zira. Maka, gigih lah mencari dekat Facebook Penang Food Delivery. Masa tu kul 11 malam lebih dah. 

Teringin nak makan Viatnamese Roll. Memang dah seminggu sebelum tu pun rasa nak makan.

Dan terjumpa post seorang seller. Dia ada open oder. Terus pm dan whatsapp nak oder. Seller ni ada jual Bergedil Roll jugak. Jadi, cik zira order dua dua.






Masa sampai tu, Masha Allah terkejut sangat sangat. Sebab sepanjang beli VR dekat mana mana, yang dapat kalini sangat besar. Umpama saiz XXL gitu. Memang lagi besar dari tapak tangan cik zira.

Biasa kalau beli saiz popia biasa tu je kan. Sos pun sos Thai cap ayam tu tuang je dari botol masuk bekas. Ni yang selalu cik zira beli.

Tapi, haritu memang sangat bertuah lah dapat beli dengan seller ni. Dahla besar gemok, harga plak murah sangat sangat. FREE DELIVERY lagi. Mana nak dapat lagi lagi time PKP ni.





Bergedil Roll ada 9pcs dapat 2 bekas sambal kicap RM12. Viatnamese Roll ada 3 flava, 9 pcs dan 6 bekas sos ada 3 perisa hanyalah RM22 je. Sumpah korang tak dapat sehebat macam ni dekat mana mana. Susah nak dapat!

Udang pun diperap tau bukan dicelur je. Beef salami pun bukan 1 je ada 4 tak silap besar besar plak tu. Crab stick pun sama ada 3 tau, korang dapat bayangkan tak macam mana besar dan gemok nya VR ni.

Isi pun tak kedekut. Sayur sume fresh bila gigit tu bunyi kerangupan. Sos plak sos Thai yang resipi sendiri, creamy lime sauce yang sangat sedap dan nutty sauce. Biasa beli 1 jenis je kan, ni ha siap dapat 3 jenis sos tau.

Cik zira repeat lagi next week nya tu order VR Beef Salami dan extra creamy lime sauce. 

Orang penang yang terliur boleh cari dekat FB dan IG : hnffoodrepublique ok😊 

In Sha Allah puas hati sangat sangat❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails