SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, June 6, 2022

Suit & Abaya Pleated Merah

Dah lama plak tak share OOTD cik zira pakai warna favourite tegar cik zira kan. Mestilah warna MERAH kan warna apa lagi.

Hari hari sebenarnya cik zira share OOTD cik zira dekat story dalam wasap IG dan FB. Yelah, kerja membeli baju je kan selalu kena la hari hari pun amek gamba. Nanti senang nak letgo baju pun post je gamba sebab memang sume baju ada gamba selfie. Hehe


Ok untuk post harini cik zira nak share dua gaya berbeza. Satu cik zira pakai suit merah iaitu Lalisa Set dari She Dazzle harga RM149 exc poslaju. Material scuba dan cutting sangat modern casual dan trendy. 

Cik zira match kan dengan skirt extender putih untuk gaya lebih sopan dan cantik. Extender putih tu cik zira beli dekat shopee je RM9 macam tu tak silap.



Suit ni cik zira pakai masa birthday cik zira Mac lepas. Match kan lagi dengan anzalna shawl dari Loveta. Harga shawl tu RM59 Dia attach sekali dengan inner dan ada tali untuk ikat. Material pun premium chiffon. 

Simple outfit tapi still nampak kelainan kan bila keluar. Takdelah nampak kelam je. Bila pakai macam ni dengan warna merah maroon ni memang nampak kan cik zira seorang wan ita yang confident dan berjiwa besar. Ececeh!

Ok next, cik zira share pulak look hari Jumaat. Pergi sekolah pakai Abaya pleated diamond. Beli dekat IG jugak masa promo dapat harga RM189 exc pos. Warna merah maroon yang memang warna cik zira. Pun sama cik zira pakai dengan anzalna shawl yang sama. Padahal di bulan berbeza. Tapi sebab best pakai anzalna shawl tu repeat la kali kedua. Hehe



Siapa yang masih belum ada pleated Abaya ni, wajib grab buat koleksi. Sebab walaupun Abaya, tapi bila pakai tu nampak sweet elegant terus tau. Pakai plak dengan shawl. Memang nampak sopan tapi dalam masa sama kekal kan gaya Anggun tu. 

Cik zira suka bergaya. Kadang tak perlu try hard pun. Kita tengok mix n match kan baju dan tudung yang sesuai. Janji confident nak pakai. Tapi jangan sampai petak petak bunga bunga sume dalam satu gaya, pening orang yang tengok pun. 

Ingat, simple pun takpe janji nampak cantik dan kemas. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails