SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, July 7, 2022

Nak cari high heels selesa

Cik zira ada satu masalah besar bila cerita pasal kasut. Tak tahu sejak bila cik zira susah nak cari kasut yang selesa yang bila pakai tak sakit kaki.

Sakit kaki tu bukan sekadar melecet, tapi dia kadang kadang sampai boleh kejang tapak kaki bila pakai kasut yang tak selesa.

Pulak tu nak cari kasut nak merah. Memanglah lagi menjadi masalah besar kan?

Pastu sampai pernah budak dekat sekolah tanya, "teacher kenapa pakai kasut lelaki" 

Aduh aduh sedih teacher mendengarnya. Teacher nak sangat pakai kasut tinggi cantik pompuan pompuan, dah pakai tapi sehari jela bila sakit kaki terus simpan. Yang mahal ke yang murah pun sume cuba beli cuba pakai. Tapi last last kaki sakit jugak. 


Takpelah pakai kasut macam lelaki, janji kaki tak sakit senang nak bergerak laju laju. 

Tadi pergi berjalan, saja gatal nak masuk bata sebab dah terlalu. Memang tahu dah takde kasut merah yang selesa. Tapi terpandang display depan kedai bata tu. Bata Flexible. Saja try. Masuk kaki macam selesa jugak. Lepastu minta dua dua belah nak try jalan. 

Try pun macam ok. Lepastu berkenan tengok cantik je bila kaki pakai. Jadi beli jela. Walaupun tak merah tapi sedapkan hati boleh je pakai stokin merah. Merah tetap wajib kena ada.



Bata Flexible ni tadi kasut tinggi bertutup yang cantik Smart dan selesa sebab cushioned. Tadi semua harga RM139 takde offer.

Korang yang mencari cari kasut kerja yang selesa cantik bolehlah nanti try dekat BATA tau. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails