SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, September 17, 2023

Makan Pagi Penang

akhirnyaaaaa
dapat jugak breakfast di Makan Pagi di Fizzy Cafe Bayan Lepas. Setiap hari kan cikzira ni buat IF memang pagi tak makan sarapan selalu makan lepas kul 12pm. Tapi tadi harini ajak jugak khalisah jom sarapan!




Tapi taklah sarapan pun sebab makan dalam kul 11.15am macam tu. Masa sampai tu dalam kul 10.50 macam tu masih kena beratur. Tapi tak lama sangat pun beratur dalam tak sampai 10 minit dah boleh order dan dapat meja. Sambil beratur tu dorang kasi menu boleh pilih siap siap. 

Ini apa yang cikzira dengan khalisah order tadi: 
🍜 Mee Kari RM6.90 - 5⭐️ (portion sesuai untuk sorang makan. Isi penuh kuah berasa sambal pun ok tapi tak pedas)
🍝 Char Kuey Teow Chinese RM6.90 - 5⭐️ (bau pun dah sedap bila makan lagi sedap. Kalau oder ni saja takde menu lain boleh pergi dua pinggan. Rasa yang tak terlalu over. Simple tapi sedap!)
🍛 Nasi Lemak Sotong RM5.90 - 5⭐️ (ni khalisah makan sorang ibu lupa nak rasa tapi dia bagi 5 bintang)
🫓 Roti Jala Kari Ayam RM5.90 - 4.8⭐️ (roti jala ada 5 keping. Kuah kari sedap dapat seketul isi ayam)
🧋 Teh Tarik Ais RM2.40 - 5⭐️ 
🧋 Nescafe Ais RM3.60 - 4.8⭐️









Servis sangat bagus, pantas. Walaupun orang ramai sebab masih viral tapi tak jenuh marah tunggu lama-lama sebab sat je dapat makanan. 

Rasa dan harga memang sangat ok dan akan repeat lagi dan memang cik zira recommmend untuk korang sarapan di Makan Pagi ni. Licin tau cikzira dengan khalisah makan. 


Dibuka seawal 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau datang selepas jam 11.20 macam tu dah tak payah beratur dah. Terus boleh dapat meja. Cikzira pergi tadi ni hari Ahad cuti weekend biasa. 

Dapat duduk meja nombor 37 tepi lighting sangat cantik untuk snap gamba dan rekod video makan. Total makan pun RM37. Nombor bertuah dekat Makan Pagi untuk first time cikzira dan khalisah datang.

Dah. Siapa yang duk tengok je tapi tak pi pi lagi, cepat terjah Makan Pagi di Fizzy Cafe Bayan Lepas Penang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails