SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, September 24, 2023

Kin Arai Restaurant Jitra

Akhirnya dapat jugak makan dekat Kin Arai Restaurant dekat Jitra milik Pn Mawar Duchess. Baru sahaja beroperasi dalam sebulan lebih.




Cikzira asyik tengok orang pi makan je tengok gamba video semua terliur. Semalam dengan harini check in Jitra semata nak JJCM Jitra.

Sampai awal kedai belum buka lagi, tunggu dalam kereta dulu. Lepastu masuk Butik Duchess sebelah kedai Kin Arai beli inner.

Masuk tu dah ramai orang jugak. Cikzira ada order perut bulat bakar tapi rupanya takde menu tu petang baru ada. Yang tu yang ramai kata sedap tapi tak kesampaian plak nak merasa. Tapi takpe, next time pulak.

Cikzira dengan khalisah makan TOM KHA MIX WAI WAI. Sup tomyam putih dengan seafood ayam dan cendawan semua. Mee dia amek wai wai jenis mee halus laksa Thai tu. Semangkuk besar portion tu RM25. SEDAPPPPPP. Korang wajib order yang ni kalau makan situ ok. 

Lagi satu order DAGING BAKAR RM10. Portion sesuai makan dua orang, kalau lapa sorang pun sat je licin. perapan daging sedap. Sos cicah thai tu pun padu. Cuma daging liat sket. Tapi sedap!









Air plak order coffee milk ais dengan milk tea ais dua dua tu RM8.90 satu. Pun sedappp. Wajib oder!

Untuk tapau pulak, cikzira order WAI WAI SUP CELUP DAGING RM10 dengan SUP DAGING RM15. Packaging untuk take away pun lawa sangat. Dan portion memang banyak berbaloi dengan harga. 

Banyak lagi menu best best dekat Kin Arai ni. Tapi sebab khalisah dah kenyang makan sebelum tu, tu yang tak oder banyak sangat.

Takpe, next time nak repeat lagi menu nasi dengan lauk pulak. Teringat ni sampai sekarang. Korang pi jalan jalan Jitra, wajib tau makan dekat Kin Arai Restaurant ni. Dia Dah start buka dari 12.30 tengah hari sampailah ke 11 malam. 

Serbu Kaih!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails