SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 11, 2023

Dapoq Maktok by Tapau Habis Station

Semalam Ahad, 10.9.2023 cikzira dengan khalisah lunch awal dekat Dapoq Maktok yang baru buka bulan lepas. Kedai ni dekat Perda Jaya sederet dengan Kids CEO Playground tu. Dibuka seawal 11.30 pagi dan tutup pada 10 malam setiap hari. 

Kedai cantik selesa dan luas. Kedai baru kan mestilah cantik ala hotel gitu. Pilihan makanan sesuai untuk makan ramai-ramai sebab dia ada pilihan lauk pauk. Kalau makan berdua je takut portion besar. 

Jadi cikzira order:
🍛 Nasi Goreng special RM18.90 (3.5/5⭐️) - nasi goreng kosong tapi ada rasa. Sambal belacan sedap. Telur goreng mata ok. Salad dan timun fresh. Udang saiz sederhana ada 3 ekor tak berapa masak. 
🍝 Carbonara Spageti RM16.90 (2.5/5⭐️) - portion ok untuk sorang makan. Rasa kuah dia tu biasa sangat. Khalisah cakap ibu masak lagi sedap😅. Selalu kan kalau makan kedai mesti lagi sedap biasanya kalau orang dah biasa masak. Tapi rasanya tukang masak dia expert lauk pauk, pasta dia masak biasa biasa je.
🍨 Bubur Pulut Hitam RM7.90 (3.5/5⭐️) - sedap ada rasa lemak masin sket dan tak manis sangat-sangat. Ni cikzira recommend.
🍹 Fresh Orange RM9.90 (4.5/5⭐️) - sedap rasa segar buah oren dan tak manis sangat.
🧋Nescafe Ais RM6.90 (5/5⭐️) - sedap!







Kesimpulannya, boleh makan dekat sini. Lauk pauk rasanya ok. Cuma portion lauk tu sesuai untuk makan ramai-ramai boleh oder macam macam lauk. Harga sume standard Restaurant/Cafe. Tapi nak kata untuk repeat tu rasanya tak dah kot. Nak jjcm kedai lain pulak☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails