SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 3, 2022

Nippon Sushi Penang

Harini siang, cik zira bawa khalisah dengan khaliq pergi dekat taman pauh jaya ada bangunan yang ada banyak kedai best best. Bangunan ni opposite dengan mydin bm.
 

Tujuan utama nak makan dekat Nippon sushi yang baru buka seminggu. Selalu kan makan dekat sushi king je. Kalini kita try Nippon Sushi pulak. 


Cik zira order : 
🍣 takoyaki ball 5 pcs RM9.50
🍣 sotong panggang RM28.90
🍜 fried ramen RM18.90
🍹 orange juice RM8.90
🍣 sushi plates x3 RM11.60
TOTAL : RM78







nasib makan sushi yang bergerak tu dulu 3 pinggan. Order makan asing takoyaki je dapat awal. Yang ramen goreng dengan sotong tu lepas 40 minit baru dapat. Sedih betul. 

Abdul khaliq sampai sempat membuang air besar 2x baru dapat makanannya. 

Pastu sayang ramen tu masin, daging nya plak manis sangat. Sotong plak sampai makan sket je pastu suruh bungkuskan sebab dah kenyang. 

Tempat lawa selesa. Sebab baru kan seminggu. Toilet bersih, surau pun ada. Meja pun luas selesa. Kedai ni 2 lot. 

Masa makan tu tauke kedai atau bos nya ada. Duduk belakang meja cik zira. Jadi dengar dia sembang sket sket. 

Masa bayar pun bos yang layan. Sempatlah sembang. Lepastu bagi tahu makanan lambat, dia minta maaf sebab dia kata ada order customer last minit banyak. Lepastu bagi tahu jugak ramen masin. Ok jugak bosnya terima komen dan cuba perbaiki. 

Mana orang penang nak try Nippon Sushi tu bolehlah gi taman pauh jaya ni ok. 

Nak tengok video cik zira khalisah khaliq makan dekat Nippon Sushi Penang ni JOM KLIK SINI

Macam macam ada sebab tu cik zira tadi pun duduk sampai 3 jam lebih dekat situ. 

Ada starbucks, zus coffee, watsons, family mart. UC mart, kedai emas macam macam lah ada. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails