SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, July 2, 2022

Sambal Uleg

Rasanya cik zira pernah review sambal uleg ni dulu. Tapi nak kongsi lagi sekali. Dalam banyak banyak sambal yang dijual, cik zira rasa sambal uleg keluaran Indonesia ni sedap harga yang murah dan berbaloi. 

Pilihan sambal pun banyak. Macam macam sambal segala macam sambal sume ada. Segala nama sambal pun ada.

Sebelum ni cik zira pernah beli sambal lain sampai 6/7 jenis tak silap. Tapi haritu cik zira order kesukaan cik zira sambal bawang. Yang ni paling cik zira suka sebab dia umpama sambal tumis tapi pedas dia terbaik. 


Pastu cik zira order sekali sambal teri dengan sambal rawit sebab dua ni cik zira tak pernah rasa. Tu nak try tu. 

Korang boleh cari dekat shopee tau. Banyak seller jual sambal uleg ni. Yang paket kekecik untuk travel pun ada. Tapi yang suka sambal beli je botol ni sebab hari hari hadap pun takpe.

Siapa sejenis makan pedas hari hari, nasi ke apa ke sume nak pedas. Cik zira memang cadang korang beli lah sambal uleg ni sebab pedas dia terbaik pilihan pun banyak. Ok?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails