SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, June 26, 2022

Vouk Hotel Suites Penang

Kalini cik zira bawa khalisah dengan khaliq check in hotel belah town plak. Kita check in dekat Vouk Hotel Suites.

Cik zira banyak kalu datang Vouk Hotel ni sebab sekolah buat meeting dengan dinner. Tapi check in belum pernah. Jadi kita cuba. 

Cik zira amek bilik standard queen sekali dengan breakfast harga RM155.70. Macam biasa cik zira book dengan Agoda.com. 

Vouk Hotel ni owner dia sama dengan Bahang Bay dan The Blanket. Bahang Bay pun cik zira pernah check in jugak. 

Bilik Vouk Hotel ni cantik sangat. Konsep moden dan kayu. Bila masuk je bilik hotel dia macam kagum. Kecik simple tapi cantik. Sejuk mata memandang. Mainan kaler soft brown dan kayu tu menampakkan bilik ni nampak mewah walaupun simple.










Pemandangan bangunan bangunan tinggi memang menampakkan hotel ni betul betul dekat bandaraya Penang. 

Kolam pun walaupun kolam standard ada kolam kanak kanak dan dewasa, tarikh cik zira check in ni tak ramai sangat family check in. Jadi mandi kolam takdelah penuh sangat. 

Sarapan pun alhamdulillah banyak pilihan. Rasa pun sedap. 

Yang penting staff di Vouk Hotel ni dah ditrain untuk melayan customers semua dengan sebaiknya. Tu suka bila datang Vouk Hotel Suites ni. 

Cik zira puas hati sangat dengan harga yang tak sampai RM200 untuk satu malam, percutian kali ni di Vouk Hotel Suites berbaloi!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails