SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 5, 2021

Cara Simpan Tudung

Sebelum ni tak silap cik zira pernah share cik zira simpan bawal kesayangan cik zira dari #hijabersfever tu dalam kotak kecik kecik kan?

ok, harini cik zira nak share yang AKHIRNYA cik zira dapat jugak gantung bawal best dari #thehijabco dengan bawal bawal dan shawl lain lain yang melambak tu guna hanger. Akhirnya!

Patutnya stand tu cik zira gantung baju baju encik suami, tapi cik zira bawa turun baju baju dia sume dekat bilik bawah, jadi SPACE tu untuk tudung tudung cik zira. Yay!

Barulah senang nak belek nak pilih, kalau tak duk berlipat dalam gobok. Payah nak pilih. Sekarang dah senang dah.



Untuk tudung Syria, tudung instant bawal yang lain cik zira lipat macam biasa simpan sebab payah nak gantung hanger macam tu takde klip.

Anak tudung pun cik zira gulung isi dalam bekas comel tu. Sume benda banyak kan cik zira ni, tapi.... kena duduk rumah je sekarang. Kes makin banyak, semalam je nak cecah 20k positif dan 200 lebih kematian. Sedihnyaa 

Korang duduk rumah tau kalau takde apa, kemas lah rumah buang mana tak patut. Cik zira dah berkemas jugak rumah banyak kali ni buang benda yang tak guna dah. 

STAY SAFE korang. Semoga kita semua dilindungi dari covid ni dan dipanjangkan umur. Aamiin

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails