SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, August 11, 2021

Kak Suhaizan sayang dalam kenangan...



Semalam, 10 Ogos 2021 bersamaan dengan 1 Muharram 1443H, cik zira dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan cikgu di SK Jelutong.

Kak Suhaizan, cikgu bimbingan kaunseling SKJ telah pergi meninggalkan dunia ni ke alam abadi.

Belum habis kesedihan pemergian siti sarah dan keredhaan shuib, terima lagi satu khabar duka.

Betul lah orang kata, dunia ni sementara, Allah amek pergi orang orang baik dahulu.

Mengenali kaksue, beliau merupakan sosok insan yang sangat baik, yang pemurah, yang tak pernah berkira dengan siapa pun. Murah dengan senyuman dan lembut tutur bicaranya. Memang seorang insan, seorang kakak yang sangat sangat baik.

Cik zira amat mengagumi setiap perihal kaksue. Seorang isteri yang sangat baik, sangat taat dan sentiasa berdampingan dengan suaminya.

Takde yang tak elok, semua yang baik baik ye yang Kak Suhaizan. Allahuakbar.

Damailah kaksue di sana, semoga diluaskan dan diterangkan kubur kaksue. Kaksue sangat baik, masukkan kaksue ke dalam syurgaMu Ya Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails