SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 19, 2021

Shopping PKP

Sejak PKP tahun ni yang cuti bulan puasa tu sampailah ke 6 Ogos 2021, cik zira tak pernah keluar pergi shopping. Semuanya online, shopee dengan pergi beli dekat kedai runcit dalam kampung ni je. Memang tak keluar pergi shopping batang rumah.

Baruni 6 Ogos hari Jumaat dapatlah cik zira pergi shopping barang rumah dekat tesco setelah sekian lama tak keluar.

Perasaan tu?
Tak tahu nak cakap macam mana happy, sebab mak-mak, isteri-isteri ni dapat pergi beli barang rumah pun dah happy sangat sangat dah.



Bersiap pun elok elok padahal nak gi tesco je pun, punyalah penangan dah lama tak keluar rumah bersiap. Keluar pun pergi vaksin 1st dose masa 10 Julai haritu.

Syok sangat dapat shopping penuhkan trolley. 



Mari lah sama-sama kita berdoa semoga covid ni cepat cepat pergi, Semua cepat sembuh dilindungi daripada penyakit jahat ni. Kita semua dapat kembali hidup normal macam dulu-dulu. Aamiin

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails