Jadinya, masih tak boleh balik kampung, cik zira anak beranak beraya di Penang sahaja.
Tema kitorang anak beranak tahun ni Raya Haji tema nya warna hitam. Cik zira dengan khalisah pakai abaya/jubah hitam. Khaliq dengan babah pakai kemeja batik jawa.
Dah bape kali Raya kan kita semua tak dapat balik kampung. Sedih sangat rasa. Hari hari cik zira doa semoga orang orang yang cik zira sayang dekat kampung tu panjang umur, cik zira dan anak anak pun sihat panjang umur, covid ni cepat berlalu supaya kita semua dapat jumpa orang orang yang kita sayang balik macam dulu dulu. Aamiin
No comments:
Post a Comment