SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, November 18, 2021

Sandal Merah

Cik zira ni kalau bab macam kasut ke beg ke fon ke memang akan cari warna merah. Kecuali macam takde sangat sangat merah barulah amek warna lain. 

Selama ni memang nak beli sandal merah tapi tulah kaki cik zira sejenis sensitif. Susah nak cari yang selesa.

Baruni ada masuk parkson. 

Terjumpa sandal merah. Kata staf situ new arrival baru je sampai. Brand camel active. 


Pegang dekat display tu angkat mak ai ringan. Dan nampak macam selesa sangat sangat. 

Cik zira pun minta saiz nak try. Dah try memang sedap sangat pakai. Selesa sangat walaupun cik zira pakai dengan stokin tak licin pun. Terus kata nak. 

Ada jugak warna warna lain sandal ni, tapi bagi cik zira hanya lah merah❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails