SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, January 2, 2023

Set Pinggan Mangkuk Merah

Salam Tahun Baru 2023 untuk semua❤️
Tak ingat dah ni tahun ke berapa cik zira menulis di blog merah ni. Tapi, In Sha Allah selagi rajin berkongsi dan menaip cik zira akan terus buat sharing dekat blog merah kesayangan ni. 

Ok post pertama tahun 2023 ni cik zira nak share set pinggan mangkuk warna merah yang cik zira baru beli minggu lepas. Sangat happy akhirnya dapat jugak pakai pinggan mangkuk cawan warna merah.

Kalau sebelum ni guna set kaca ikea yang warna putih tu, tapi lepas jumpa je set merah ni terus simpan set ikea tu. Wajiblah bagi nampak merah tu baru lah puas hati kan. Berseri je nak makan pun. 

Cikzira beli set ni dekat dalam mydin. Kalau beli 1 dia mahal sket, kena beli 3 pcs untuk potongan seringgit setiap satu. Kalau beli 10 lagi dapat diskaun banyak sket lah. 

Material set ni dari melamine yang tebal dan boleh masuk microwave tau. Sebab tu harga dia mahal. 



Cik zira beli:
🍽️ 6 pinggan 10"
🥣 3 mangkuk besar
🥣 3 mangkuk kecik
🥛 4 cawan 
TOTAL RM157.50

Beli sket je buat buat ada untuk makan sendiri dekat rumah. Janji puas hati dapat set merah ni. Nak makan pun senyum je.

Cikzira ada jugak search dekat shopee tapi tengok harga murah takut plastik yang biasa tu. Yang cik zira beli ni memang melamine yang tebal. Sebab tu harga dia boleh tahan. 

Korang kalau mencari boleh lah beli dekat dalam mydin tau bahagian pinggan mangkuk. Susah nak cari set warna merah ni jadi bila jumpa wajiblah beli. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails