assalamualaikum dan salam sejahtera selamat pagi Ahad buat semuanya
macam mana dengan cuti korang semua semalam?
syok tak? pergi mana je ye?
cik zira ni ha semalam pergi kenduri kahwin
1 di pontian, kawan atok dengan bik ani yang dah macam sedara dah dan 1 lagi di dewan kg melayu, jiran dekat rumah atok ni
sebelum pergi kenduri, pagi-pagi tuh dah sarapan dulu kat rumah
makan 2 biji kuih keria yang sedap itu, makan nasi lemak sedikit dengan sambal tumis + ikan bilis goreng
lepas tuh ratah kepak ayam goreng berempah dengan sambal tumis tuh
ha, kenyang sungguh untuk sarapan
sampai dekat rumah kenduri kat pontian tuh, makan lagi untuk kali kedua
cik zira makan nasi beriyani + ayam kepak masak ape ntah (hampa sebab takde ayam masak merah) + daging , lepas tuh amek buah honey dew dengan buah tembikai dan amek rojak petis, minum air jagung
itu makanan tengah hari cik zira untuk kali kedua makan pada pukul 12 lebih cenggitu
dah nak balik tuh sempat singgah beli cendol, makanlah cendol plak
kenduri kedua di dewan kg melayu yang sangat cantik, bila masuk jek tak habis-habis wow wow wow
memang cantik bertemakan English Wedding
dan di sini cik zira makan untuk kali ketiganya pada pukul 2 plak
makan nasi putih + ayam peha masak merah (yay, ada pun masak merah) + acar + stew kambing
amek bubur pulut merah dan minum air barli
wah wah, makan memang sedap, atok dengan bik ani tunggu cik zira makan, cik zira kan suka makan, kalau makan memang lama sebab nak bagi habis dan makan dengan bernikmat, jadi kena tunggu lah, hehe
ha, kenyang betul makan kenduri, agaknya kalau ada 3 jemputan, 3-3 cik zira makan sesedap itu
suka betul pergi kenduri kahwin ni sebab dapat makan sedap-sedap, macam-macam ada
berkat bawa balik pun macam-macam, dan semalam 2-2 kenduri dapat cawan, makin bertambahlah koleksi cawan dekat rumah atok ni,, hehe
dan balik umah makan lagi karipap sardin bik ani beli dekat tempat cendol tuh, cik zira makan 2 biji, memang sedap karipap sardin nya, suka sangat, dahlah cik zira memang hantu karipap sardin,, =)
semalam plak, ada satu cerita
selama ni cik zira makan kambing tak pernah rasa pape pun tau, lagi banyak, tapi semalam makan kambing sikit jek, amek bahagian isi sikit sangat, balik tuh halamak ai, badan rasa panas sangat, tido jek dah macam kambing, hehe, lena betul, kepala rasa berat sangat, tuh yang tido lama
bangun petang tuh, wah, perut dah lapa
tengok bawah tudung saji ada nasi minyak berkat tadi, tanak makan dah nasi minyak, puas dah makan
nak dekat maghrib, memang dah sangat-sangat lapar
mandi dulu, solat dulu
lepas tuh kirim dekat chenta hati 1 bihun hailam dan air carrot susu
lepas isyak makan lagi
memang sangat lapa
makan sampai licin, dah habis makan bihun hailam, habiskan air carrot susu tuh sebungkus
wah, memang sedap!!
ha, banyak kan cik zira makan semalam
kira macam sehari makan tanpa henti
tido pun awal sebab makan banyak sangat agaknya,, hehe
memang seronok sangat semalam dapat makan banyak. indah jek rasa dunia bila dapat makan macam semalam tuh
dan indah jugak kalau pergi timbang berat tengok nombor dekat penimbang itu, huhu
hari ini mesti tak makan banyak macam semalam tapi tetap akan makan sedap-sedap,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 26 disember 2010 9.37 a.m.
No comments:
Post a Comment