jom masak!
resipi simple dan mudah kali ini ialah ROTI SOSEJ BERSALUT TELUR
bahan-bahannya ialah :
1. sosej yang sudah dipotong 2. sebab nak buat roti comel-comel.
2. sebiji telur sahaja sudah cukup.
3. roti gardenia dan cik zira guna wholegrain tuh.
itu sahaja bahannya. oh iye, minyak untuk menggoreng ye.
mari kita lihat langkah-langkah mudahnya ye.
1. Roti hendaklah digelek-melek sehingga leper.
2. kacaukan telur tadi sehingga sebati.
3. masukkan sosej ke dalam roti dan gulungkan roti bersama sosej. gunakan telur sebagai gam di hujung roti.
4. salutkan roti dengan telur.
*** tips : kalau tidak mahu menggunakan telur yang banyak, roti perlu digelek nipis dahulu supaya tidak meresap telur yang banyak. sebab itu untuk 6 keping roti, cukup sebiji telur sahaja untuk semuanya.
okeh, sesudah digoreng, anda perlu :
1. letak dan susun roti cantik-cantik dalam pinggan, hehe
2. ada lebihan telur siap, goreng telur dan hancurkan.
3. taburkan telur di atas roti. tuangkan mayonis dan sos. sudah siap!
mudah sangat. buat untuk makan petang ke sarapan ke kan. sedap. senang nak buat. tak berapa minit je.
cik zira makan 4 biji bersamaan dengan 2 keping roti dan 2 batang sosej,, =)
cuba ye!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 29 disember 2010 5.53 p.m.
5 comments:
my favorite! selalu beli dekat station petronas...esok nak buat sendiri la....sedap!
My faveret tu:))...Senang je kan..tapi akak tak pernah buat sndiri. Beli kat makcik jual ansi lemak je slalu. Kdg2 smpai RM2 makan sorg2 je. Tamak. Dah la berminyakkk...tp sedapppp..
SANDRA AZWAN ~~ ha buat sedap-sedap tau,, suka makan jugak ea,, samalah,, hehe =)
fazemy ~~ haah senang sangat. ala, takpe, kalau beli pun sedap ok jugak. beli terus makan,, =)
sedap sungguh kalau orang yg buatkan...huhuhu...
aah, kalau orang buat memang sedap,,tinggal makan je,, hehe
Post a Comment