memang tidak dinafikan, bagi mereka yang rabun dan berkaca mata dan bertudung, memang agak susah sedikit untuk mencari tudung yang sesuai. cik zira akui kebenaran ini kerana cik zira juga seorang yang rabun jauh dan perlu memakai kaca mata. jadi, setiap kali jika berkaca mata dan perlu memilih tudung yang sesuai, agak susah.
ini contoh pemakaian cermin mata yang mengganggu tudung anda,,
tapi kawan-kawan semua, jangan risau.
dengan adanya pelbagai trend dan gaya tudung sekarang ini, berkaca mata dan bertudung itu tidak sukar sebenarnya. eh, betul ke cik zira? betul-betul, mari kita lihat Tips Mudah dari cik zira buat mereka yang bertudung dan berkaca mata.
ini dia Tips Mudah dari cik zira :
* pertama sekali, pastikan anda memilih bingkai yang sesuai. semasa hendak membeli kaca mata, pastikan anda memakai jenis tudung yang anda selalu pakai seharian. contohlah, kalau anda selalu memakai tudung bawal, pastikan semasa anda hendak membeli cermin mata tuh, anda juga memakai tudung bawal. ini kerana akan memudahkan anda mencari bingkai cermin mata yang sesuai dan tidak mengganggu pemakaian tudung bawal anda. jelas kan? PASTIKAN ANDA MEMAKAI TUDUNG YANG BIASA DIPAKAI SEMASA MEMBELI CERMIN MATA DAN CARILAH BINGKAI CERMIN MATA YANG SESUAI.
** keduanya, jika sudah ada bingkai cermin mata yang sesuai dengan tudung yang anda selalu pakai, iaitu tidak mengganggu pemakaian tudung anda. tapi, anda runsing dan ingin mencuba pakai jenis tudung yang lain, jangan risau. ada jenis-jenis tudung yang masih sesuai dipakai oleh anda walaupun anda memakai cermin mata. cik zira bagikan contoh di sini ye.
(A) Tudung Syria - sangat sesuai untuk anda yang bercermin mata kerana dia ada inner dan outer. jadi, anda boleh memakai tudung syria ini tanpa perlu bimbang sebab anda hanya perlu memakai cermin mata anda itu di antara outer dan inner itu. jadi dia takkan mengganggu pemakaian tudung syria anda. cik zira bagi contoh gambar cik zira memakai cermin mata bersama tudung syria ye.
(B) Shawl - anda jeles tengok orang lain memakai shawl cantik-cantik. tapi anda risau sebab anda takut pemakaian cermin mata menghalang anda untuk bergaya cantik memakai shawl. usah runsing kawan-kawan. cik zira ada jalan penyelesaiannya.
cara 1 : anda haruslah memakai shawl anda dengan inner syria di dalamnya. jika ada inner, pemakaian cermin mata anda akan lebih mudah KERANA anda hanya perlu menyelitkan cermin mata anda di antara inner tersebut dan shawl anda. MUDAH sahaja. ia tak akan mengganggu shawl anda dan anda tetap boleh bergaya dengan shawl walaupun anda berkaca mata. macam gamba cik zira di bawah ini.
cara 2 : anda juga boleh memakai outer syria di bahagian dalam dan sarungkan sahaja shawl di bahagian luar. ataupun memakai shawl jenis kain lycra mahupun cotton di bahagian dalam, dan sarungkan shawl lain di bahagian luar. cara ini juga membantu anda. hanya perlu sangkutkan cermin mata anda di telinga di bahagian luar outer itu dan langsung tidak mengganggu pemakaian shawl anda. percayalah!
*** ketiganya, tudung seperti tudung berawning memang sangat berisiko kepada si pemakai cermin mata kerana anda perlu memiliki bingkai cermin mata yang betul-betul sesuai supaya tidak mengganggu anda untuk memakai tudung berawning. elakkan lah memakai tudung jenis tudung ekin ini kerana:
pertamanya : jika anda memakai cermin mata, awning tudung itu tidak menjadi dengan jayanya. akan membesar di bahagian tepi dek kerana bingkai cermin mata anda itu.
keduanya : jika anda memakai cermin mata juga semasa memakai tudung berawning ini, kemungkinan akan membuat anda tidak selesa sekiranya hendak mencabut cermin mata anda sekejap-sekejap untuk membetulkan tudung anda itu dan rambut anda pasti tidak terurus sebab asyik terkeluar jek dan tertarik setiap kali anda hendak membuka cermin mata anda itu. faham kan?
jadi, nasihat cik zira, bagi mereka yang bercermin mata, elakkan memakai tudung berawning. TAPI, kalau teringin sangat nak pakai tuh, carilah bingkai cermin mata yang sesuai yang tidak mengganggu sekiranya anda memakai tudung awning. mudah sahaja.
selalunya cermin mata berbingkai plastik dan berpetak mahupun bujur adalah sesuai untuk semua jenis tudung. macam cermin mata bingkai hitam cik zira ni. cik zira dah cuba dengan semua tudung, nampak gayanya sesuai. carilah yang sejenis seperti bingkai cermin mata ini ye kawan-kawan. dan yang bingkai warna MERAH itu pun sesuai jugak dengan semua jenis tudung dah cuba dah.. itulah bergunanya jika semasa membeli cermin mata itu, anda mencari bingkai yang paling sesuai. itu TIPS PERTAMA cik zira di atas tadi.
**** keempatnya, kalau susah-susah sangat, anda terpaksalah memakai kanta lekap. mudah dan senang. apa sahaja tudung anda boleh gayakan. tapi, pastikan anda memilih kanta lekap yang sesuai dan jaga kebersihan anda semasa memakai dan menjaga kanta lekap ini ye.
aduhai, nak buat entry TIPS MUDAH, jadi berjela panjang plak. macam banyak jek nak taip sebab nak turunkan dan kongsikan pendapat. harap dapat membantu ye buat mereka yang berkaca mata ini. jangan risau, anda tetap boleh bergaya dengan pelbagai jenis tudung walaupun bercermin mata, cumanya, kena ingat tips-tips cik zira bagi di atas nun ye.
harap sangat TIPS cik zira ini membantu anda. terima kasih.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 disember 2010 7.29 p.m.
23 comments:
WAHH MACAM MACAM BOLEH EKK GOOD =)
haah,,
ini tips cik zira lah,, dah pernah cuba tu yang nak kongsi2,, =)
terima kasih kerana sediakan tips yg bagus mcm ni.. nnt saya nak try lah.. mmg teringin sgt nak pakai shawl yg cantik2 gitu..tp risau tak menjadi sbb pakai spek..
akan saya try juga pasni lepas baca tips ni.
TQVM yer..
kasih diterima kak,,
boleh2, try tau kak, pakai dengan inner syria ke, tudung syria kat dalam dia ea,,
u r most welcome kak,,=)
thanks sangat2 sebab Tia perlukan ini . Tia nak pakai spek tapi takut tak sesuai . Tia dah tau spek macamana yang Tia boleh cari nanti . thank you so much !
haah Tia, selamat mencuba tau,, jangan jadikan pemakaian spek tu sebagai halangan nak bergaya dalam bertudung ye,,, =)
b4 ne ragu2 na pakai syria sbb x kenal sgt ngn jenis cmtuh.thnx 4 the tips..thnx sesangat:)
awak, x jatuh ke spek tu bile kite pakai atas inner syria tu? (sorry tanye sbb berminat nk try...)
entah ye, dia kena tengok bingkai jugak. boleh jatuh, tapi kita pakai okey jek setakat ni. letak dekat dengan telinga macam pakai spek macam biasa tapi cumanya dari luar,, =)
cubalah!
wah tak sangka jumpa ko balik irah mase search2 pasal bingkai spek.ko da besar,da kawen da, da jd cikgu hehe.aku kawan sekelas ko mase form 3 kat afzan kalau ko ingat la.
wah irah tak sangka leh jumpa blog ko.baru perasan ko rupenye kawan sekelas aku mase form 3 n form 4 kat afzan.aku mun kalau ko ingat la.terjumpa muke ko mase search2 bingkai spek.
aduh, mun yang mana ea? nape tak letak gambar ke, ingatkan ada blog jugak, baru nak tengok.
kenal lagi ea dengan kita? ada jugak member2 afzan yang kita baik sampai sekarang tapi tak ramai. yelah, mana orang nak ingat kt kan.
ko ada simpan lagi tak gambar mase form 3 tu.aku duk tengah sekali kat barisan belakang.kat kelas pun duk belakang.munirah yang tinggi2 tu aha.ko ada fb tak.
dah, dah ingat! munirah yang kurus tinggi pakai spek mata kan kan? rasanya yang tu lah. takdelah. ada blog je. pape sms je k. 012-7962386
kalo untuk sun glass takde tips ke?
hohohoo ... merahnya kamoooo ...
As 'salam . Cik Zira saye nak tnye nie cermin tambah bingkai tu ape ? Klau cermin tambah bingkai tu dah siap ade power ke ?
Salam , cik zira saye ade terbace satu iklan nie , dlam tu die kate bingkai + cermin RM 38 . Mksd bingkai + cermin tu ape ? Bingkai + cermin ru dah siap ade power ekk ? Lgi satu klau 36/6 tu brape ye power die . Hrap cik zira balas
Cik Zira saye ade trbace satu iklan ni , die kate bingkai + cermin rm 38 , bingkai + cermin tu dah maksud die siap ngn power ke ? lgi satu , klau 35/6 tu same dngan brape power ye . hrap cik zira balas .
dia kena tanya betul-betul aqeela. kadang-kadang dia punya bingkai atau frame dengan cermin sahaja. maksudnya takde power. sebab rasanya RM 38 tu murah sangatlah sekali dengan cermin ada power. rasanya power aqeela tu 3 ratus lebih kot. kita pun dah lama tak check mata.
kalau pakai tudung halfmoon?bolehke?
Good info, tq ^_^
Yeay....thank you for your inspiration
Post a Comment