SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 11, 2011

11. 1. 2011





wah wah, hari ini adalah satu tarikh yang cantik jugak sebab banyak nombor 1. 11 haribulan 1 tahun 2011. nasib baik bukan hari cuti umum ke ape, kalau cuti, konpem hari ni pun ramai yang bertunang atau kahwin. tapi rasanya ramai amek tarikh 11.11.11 tu kan?






cik zira takde tarikh lagilah. tak sempat nak bincang. keje banyak sangat. nanti kalau ada masa baru cari tarikhnya.






okeh, apa yang terjadi semalam ye di sekolah?






semalam masuk 3 kelas sahaja, setiap kelas sejam. jadi bila masa senggang je, solat dan sambung buat kerja. apa yang cik zira nampak, masih ada budak yang tak siapkan homework yang diberi dan untuk kelas 3 Bijak, budak yang sama tak siap homework. tak tahu apa masalah dorang. kawan-kawan lain boleh je siapkan. cik zira nak tengok esok, sebab cik zira ada bagi homework juga, kalau budak yang sama tak siap, maknanya memang dorang ada masalah besar dengan cik zira.






kelas sendiri, 2 Fadhilat. borang SMM, 7 daripada 9 orang dah hantar. bagus sangat sebab dorang memang ingat pesan teacher hazirah. lagi 2 tuh memang tak dapat nak ditolong. esok nak tengok jugak. kalau tak hantar, cik zira akan terus hubungi parents dorang. lepas tuh, ada lagi yang tak siap homework tapi tak ramai. yang lambat buat kerja adalah orang yang sama. bila suruh salin kat papan hitam, orang yang sama yang lambat. tak tahu dah nak buat apa. kena selalu pesan, "please be as fast as a tiger, do not be as slow as a turtle."







ada sorang budak perempuan tak bawa buku, dia tak bagi tahu, tapi dia nangis. dia takut cik zira marah agaknya sebab budak tu sebelum ni memang takde masalah. kesian dia. cik zira cuma kata rabu dia dapat sticker oren. lepas tuh suruh dia senyap jangan nangis. ada sorang budak laki plak, nangis jugak. demam nak balik. pesan kat dia, lain kali kalau rasa demam tak payah datang sekolah. menyusahkan ayah dia nak amek, cikgu pun susah jugak. harap-harap budak tuh takdelah buat perangai cam tu lagi.





kelas 2 Ehsan pula, rasanya semalam masuk 2 Ehsan takdelah tension sangat. rasa macam suka pula masuk 2E ni sebab ok sikit dari kelas sendiri, 2F. semua dapat siapkan homework. bila menyalin, dah dapat cam budak yang lambat menulis. suruh diorang cepat jugak. bagi kerja, semua dapat siapkan. seronok betul. suruh diam pun tak ramai yang bercakap sangat. sikit jek. itupun bila jerkah, dah boleh diam.






ha, dan ada sorang budak perempuan ni, minggu lepas, dia buat kerja sangat lambat. berangan macam puteri je kerjanya. hari akhir minggu lepas cik zira tegur dia. cakap elok-elok. dan semalam, alhamdulillah. dia berubah. tak berangan dah, siapkan kerja pun cepat. terkejut betul cik zira. tapi rasa gembira sebab ada juga budak yang berubah bila ditegur dengan baik. semua tu untuk kebaikan dorang jugak,,, =)






cik zira perhatikan, setakat ni, budak-budak ni semua dah pandai nak amek hati cik zira. pandai jadi budak baik macam yang cik zira nak iaitu diam bila belajar dalam kelas, jangan bermain, dengar cakap teacher, buat kerja yang diberikan, siapkan homework, salin cepat dan hantar buku bila disuruh. bagus sangat.






jadi cikgu ni, bila budak baik dan jadi seperti yang diinginkan, rasa keseronokkan itu. tapi, bila budak mula buat perangai, itu akan mendatangkan masalah pada kita. jadi, cik zira akan teruskan cara cik zira mendidik anak-anak yang cik zira ajar supaya dorang faham rentak cik zira dan cuba menjadi budak yang baik. insya Allah.






semalam, bawa balik pun banyak sangat barang. buku semua alhamdulillah dah siap tanda kat sekolah. cuma bawa balik untuk ditampal sticker. malam tadi dapat selesaikan tampal sticker semua dan dapat siapkan lesson plan untuk rabu dan khamis. dapat update register sikit.






pagi ini, hari ini kena key in borang SMM yang baru dapat. lepas tu kena taip senarai nama untuk tampal dalam buku rekod. kemudian nak siapkan lesson plan untuk jumaat dan isnin.






oh, lupa nak bagi tahu. hari ini johor cuti sempena hari hol almarhum sultan johor. dapat berehat sehari tapi kerja yang ada perlu diselesaikan.






hari ini cuti, jadi tak puasa. kalau sekolah je puasa. sebab kalau duk rumah tak tahan godaan makanan sedap-sedap. nanti kerja nak buka tudung saji je,, ngee






oklah semua. cik zira nak sambung buat kerja mana yang patut. nak siapkan kerja untuk hari ini.
cik zira harap, korang semua pun akan dapat siapkan kerja hari ini dengan semangat okeh?






jangan lupa makan sedap-sedap tau,, hehe








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 11 januari 2011 8.07 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails