SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 4, 2011

hari pertama persekolahan sesi 2011




salam sayang buat semuanya
alhamdulillah sebab semalam cik zira berjaya menghabiskan puasa satu hari walaupun keadaan semalam agak sibuk dan memenatkan. hari ini pun masih berpuasa sebab cik zira nak puasa balik, dah lama tak puasa sejak duduk rumah atok ni. kena ajar diri berpuasa balik. bukan puasa ganti ye, puasa ganti dah siap masa raya hati tuh. tapi ini puasa sunat, puasakan untuk arwah mak. lagipun kena biasakan lah, sebab nanti puasa betul-betul dah biasa.






semalam, kat rumah tak dapat siapkan banyak. sempat buat jadual waktu. kemas barang nak bawa gi sekolah. dalam beg tuh punyalah banyak barang daripada selalu bawa. ada selipar MERAH nak letak dalam bilik sac. 2 bekas pensel. 2 fail, telekung dan Buku Rekod Mengajar yang berat itu. beg pun penuh.







semalam cik zira pakai baju kurung yang bik moi bagi tuh. baju plain warna cream macam baju nikah tu + shawl bercorak + inner syria warna kuning. semalam tak pakai kanta lekap pun. pakai spek MERAH cik zira tu.






dah jumpa anak-anak 2F cik zira. terkejut sebab tiba-tiba ada tambahan 6 orang budak yang tiada dalam senarai. bila ditanya, dorang cakap cikgu kelas dorang masa darjah 1 suruh masuk 2F. alahai, saba jelah. padahal nama takde dalam senarai, mana boleh masukkan suka-suka hati je. tapi, dapat diselesaikan sebelum balik. budak-budak yang tersalah masuk kelas dapat kembali ke pangkal jalan,, ;)






kiranya kelas 2F cik zira, sorang jek tak datang, yang lain semua datang. semua sekali ada 42 orang. semalam dah jumpa, dah kenalkan diri, dah bagi tahu peraturan semua. tapi sempat masuk tahun 2 sahaja. kelas 2E dan kelas sendiri, 2F. hari ini ada 4 kelas dan semuanya 1 jam. jumpa semua sekali. darjah 2 dah boleh mula mengajar, darjah 3 berkenalan dan sesi warming up dahulu.






balik sekolah semalam, jalan pasir gudang adalah sangat jam. jalan pelan-pelan jek sebab tak bergerak. sampai rumah nak dekat pukul 8 sebab kena amek bik moi kat larkin dulu. dalam kereta dah lapa sangat-sangat sebab berbuka dengan air masak sahaja dulu. hari ini kena bawa bekalan untuk berbuka dalam kereta. takdelah lapa sangat macam semalam.






balik dah sampai pun, solat maghrib dulu sebab takut tak sempat. nasib baik isyak sekarang dah lewat. lepas maghrib terus makan sampai kenyang. berbuka dengan nasi + ikan asam pedas + kuah lemak cili api + ikan goreng + sayur campur. itu jek makan. lepas mandi dan isyak dah tak makan lagi dah sebab kenyang sampai ke sudah. sahur pun tak bangun sebab tido kul 12, sambung buat kerja sikit. harap-harap hari ini laratlah puasa macam semalam.






hari ini?
pasti sibuk juga seperti semalam. tidak mengapa. walau sesibuk mana, mesti selalu dalam keadaan tenang. barulah semuanya berjalan dengan lancar,,, =)








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 4 januari 2011 8.23 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails