seperti yang telah dimaklumkan, semalam kan cik zira ke sekolah untuk hari pembayaran yuran oleh ibu bapa. semangat ni bangun awal, cantik-cantik sebab nak jumpa mak ayah anak-anak murid sendiri. malam sebelum tu siap study tu betul-betul supaya tidak buat silap. yelah, pegang duit banyak ni bahaya nya pun banyak.
siap secantik mungkin. kena pakai baju batik. jadi, cik zira pakai kebaya batik arwah mak, yang cik zira pakai masa tak jadi konvo november lepas. tudung pun tudung ariani warna itam. senang, ringkas dan kemas.
sampai sekolah terus key in kedatangan. lepas tuh amek resit pibg terus naik ke kelas. masuk je kelas tak sempat duduk lagi dah ada seorang bapa menunggu. dia nak cepat sebab dia kerja. cik zira memang paling rileks la. sampaikan ada parents lalu kelas cik zira siap tego lagi, "cikgu ni sorang-sorang je."
tengok, siap boleh amek gamba tau, rileks betul,, =)
yelah, cik zira jalan kelas lain, ramai ibu bapa menunggu. sebab tu kena guna sistem nombor. tapi cik zira tak guna pun sebab semuanya berjalan lancar. ibu bapa yang bayar dengan cik zira pun sekejap je sorang, tak lama. semuanya cepat dan cermat. banyak masa cik zira bersendiri dan mengisi segala borang yang ada.
pukul 12 tengah hari, rasa macam dah takde nak datang, terus cepat-cepat kira duit, tutup akaun. kira jumlah. yang ada 34 orang daripada 43 kesemuanya. gembira bukan main. turun ke pejabat nak serah duit ni. sekali, GPK HEM cari kata ada sorang bapa nak buat bayaran. aduhai. padahal dah tutup ni, dah kira semua. sabar jelah. kenalah terima bayaran dan betulkan semua balik. huhu
serah duit. alhamdulillah semuanya cukup tiada masalah. happy sangat. punyalah risau ni takut balik lambat duit tak cukup ke, tapi alhamdulillah. semuanya ok dan cik zira pun mengaku menjadi juru ringgit yang berjaya semalam.
dalam pukul 10 macam tuh dapat makanan. dua jenis kuih. cik zira memang lapa, tak bawa bekal. makan cepat-cepat, hehe
sebelum balik amek makanan kat kantin. dalam kereta tengok dapat makanan apa. nasi + ayam masak merah + sayur + sambal belacan. halamak ai, dahlah memang tengah lapa. cuit sikit makan dan rasa. balik rumah sambung makan sedap-sedap.
tusyen semalam pun berjalan dengan lancar. pagi ni tusyen untuk sekolah menengah pula mula pukul 9 pagi tadi sampailah pukul 12.30 nanti.
kerja sekolah mana yang perlu buat pun cik zira buat pelan-pelan, tak nak kelam kabut. walaupun letih, tapi seronok sebab menjadi seorang cikgu, inilah kerja sehariannya. bukan setakat mengajar sahaja tau. lebih dari itu.
esok sekolah. esok mula kerja balik. jadi, mari sama-sama habiskan hari ahad ni dengan berfaedah dan gembira bersama insan tersayang okeh?
bye semua...
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 15 januari 2011 9.00 p.m.
No comments:
Post a Comment