SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 6, 2011

seharian yang makin sibuk, uh!




assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya,,




kehidupan makin sibuk namun kehidupan perlu diteruskan. perlu memujuk diri supaya menghadapi kesibukan ini dengan tenang sahaja dan membuat semua kerja yang ada satu per satu mengikut kepentingan. itu yang selalu dipesan kepada diri sendiri supaya tidak menjadi stress mahupun tension jika berdepan dengan kesibukan setiap hari setiap waktu.






hamboi, mukadimah buat diri sendiri tuh. ayat pemangkin semangat kepada diri sendiri. kamo boleh wahai hazirah!!






ok, rasanya entry pagi ini cik zira nak coret sikit jadual seharian cik zira setakat 3-4 hari ini dan rasanya akan berterusan,,



6.30 pagi   Bangun subuh

7.00 pagi   Dah mula buat kerja yang ada sampai siap

10.45 pagi Mandi dan bersiap 

11.20 pagi Keluar rumah menuju ke sekolah

11.45 pagi Sampai sekolah, key in kehadiran

12.00 t/hari Mula buat kerja mana yang ada

6.30 petang Pulang sekolah balik ke rumah

7.10 malam Amek bik moi di Larkin, rumahnya

7.25 malam Sampai rumah

7.30 malam Lepas letak barang, terus ke meja makan sebab nak buka puasa. dalam kereta dah minum air

7.45 malam Mandi, solat maghrib, ngaji

8.30 malam Solat Isyak

9.00 malam Mula buat kerja, siapkan mana yang boleh
                 Sebelum tido, iron baju dan tudung kerja siap-siap


Cik zira akan tido paling awal pun sekarang pukul 11.30 malam dan setakat ni paling lewat 1.30 pagi, tapi bangun subuh tetap sama.






itulah rutin cik zira rasanya untuk selepas ini pun. memang dapat rasa perubahan paling ketara sebab takde masa nak melagha depan intenet lama-lama. masa yang ada sangat suntuk dan diperuntukkan untuk menyiapkan entry blog 3 kali sehari. lepas tuh check email dan kalau ada masa sedikit baru jenguk blog kawan-kawan sekalian.






pergi sekolah seperti biasa. dah makin kenal-kenal budak-budak yang diajar. akan cuba mengajar mereka dengan baik. setiap malam akan siapkan Lesson Plan dan paling lama mengambil masa sejam untuk menyiapkan 4 lesson plan. nampak memang pendek-pendek jek tapi nak kena tengok betul-betul Learning outcome nya tuh supaya selari dengan pengajaran. Lesson Plan ni memang sangat membantu dan cik zira akan jadikan rutin siapkan Lesson Plan malam sebelum esoknya mengajar. semuanya akan mudah kalau buat macam ni. taknak tunda sampai hari jumaat baru nak buat semua, memang takkan sempat. nak bagi semuanya tersusun. insya Allah.






oh, hari ini pergi sekolah kena pakai baju batik, kan hari khamis. cik zira pakai baju batik bik moi, baju batik harimau malaya tau, atlet negara punya baju batik. jangan main-main, cik zira yang bukan atlet plak yang pakai, siap bawa gi sekolah lagi. baju tuh warna oren ada celoreng hitam. tu kan trademark baju atlet negara. lepas tuh pakai shawl warna hitam dan oren. boria plak tudung dengan baju. oh, lupa nak bagi tahu, bik moi cik zira ni atlet paralimpik malaysia.






tapi, yang ini gamba semalam.






kira dah macam wajib plak, masuk kereta panaskan enjin mesti nak amek gamba dulu. 1 untuk send kat buah hati, dan dalam masa yang sama boleh tepek dalam blog MERAH kesayangan untuk update pergi ke sekolah setiap hari






ok semua. ini sahaja untuk entry pagi khamis ini. semoga hari ini hari yang baik-baik sahaja untuk semua. AMIN







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 6 januari 2011 8.37 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails