SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, January 21, 2011

Tips : Cara menambat hati budak-budak






salam sayang buat semuanya,,






memandangkan cik zira merupakan seorang guru di sekolah rendah, jadi berdasarkan pengalaman yang tak berapa nak ada sangat ni, maklumlah sebab baru setahun jagung kata orang, tapi cik zira ingin berkongsi tips cara cik zira menambat hati anak murid cik zira yang disayangi semua tu






setiap orang dan setiap guru mempunyai gaya tersendiri tidak kiralah dari segi mengajar, penampilan mahupun hubungan dengan anak murid. ada yang betul-betul garang tapi tetap disukai anak murid. ada plak yang baik sangat pun budak suka. jadi, terpulangkan pada gaya masing-masing.






tapi, ini tips apa yang cik zira buat dan alhamdulillah setakat ni budak-budak yang cik zira aja nampaknya tiada masalah dengan teacher hazirah dorang ni dan semakin memahami rentak dan cara teacher hazirah mengajar mereka. syukur alhamdulillah.






jadi, ini cik zira kongsikan. manalah tahu kan ada yang nanti nak jadi cikgu boleh jadikan panduan.






  1. masa awal-awal masuk, jangan tunjuk baik. tunjuk garang dulu. garang tak bermakna kena marah-marah mahupun pukul atau tunjuk rotan. macam cik zira, garang cik zira ialah tegas dan bahasa lenggok badan yang dorang akan faham cikgu ni tak suka kalau bising dan sebagainya.
  2. sebagai guru kelas, cik zira jumpa budak pertama kali, cik zira akan bagi tahu peraturan dalam kelas. apa yang dorang boleh buat, apa yang tak boleh. bagi dorang faham dan di masa hadapan dorang akan selalu ingat peraturan yang telah dibuat dan dipersetujui semua.
  3. ketiga, kalau ada cara tersendiri nak menambat hati budak-budak, cuba reka k. macam cik zira, cik zira ada cara cik zira sendiri. kalau cik zira angkat kayu oren maksudnya dorang bising atau tak dengar cakap. kalau cik zira angkat kayu pink, maksudnya dorang bagus dan dengar kata. lepas tuh, kalau sape bagus, cik zira akan bagi sticker pink dan kalau dapat sticker oren bermaksud dorang ada buat silap. dan setiap hari jumaat, cik zira akan bawa magic box cik zira tuh, setiap minggu akan ada budak bertuah untuk pilih apa sahaja hadiah yang dorang suka daripada magic box itu.
  4. selalu kena ingatkan dorang, kalau nak jadi budak baik kena buat cikgu suka. kalau nak buat cikgu suka, kena dengar bila belajar. kena buat kerja yang disuruh. kena diam dalam kelas. kena siapkan kerja rumah. kena selalu ingatkan supaya dorang akan faham bila dipesan berkali-kali maksudnya kena cuba jadi budak baik.
  5. kalau budak tak siap kerja misalnya, bagi tahu apa kesan buruknya. contoh, tak siap kerja cikgu akan marah. bagi tahu kenapa kawan-kawan lain boleh siap tapi dia tak boleh. lepas tuh bagi tahu pulak, kalau boleh siapkan kerja rumah, apa kesan baiknya. marah marah jugak, tapi kena ada sebab kenapa kena marah. bukan saja-saja nak marah.
  6. kalau marah-marah plak, sebelum keluar kelas tu, pastikan amek hati budak-budak tu balik. minta maaf dan bagi tahu kenapa kena marah. bukan saja-saja nak marah. bagi dorang faham dan dengan cara itu dorang takkan membenci cikgu dorang. insya Allah.
  7. point yang ini cik zira suka sebab masa sekolah dulu pun suka tengok cikgu cantik. jadi, bila dah jadi cikgu sekarang ni cik zira pula nak cantik-cantik untuk anak-anak murid cik zira. biasalah, budak-budak kan, kalau tengok cikgu cantik, memang suka. pulak tuh cikgu tu mengajar dorang, lagilah dorang suka. sebab itulah hari-hari kalau boleh cik zira nak pakai cantik-cantik. bagi budak-budak suka. dan setakat ni, hari-hari dengar budak puji dan itu tandanya dorang suka. puji tuh salah satu daya tarikan supaya budak suka dengan cik zira. lepas tuh pesan kat diri sendiri, sebelum pergi sekolah tu, pastikan diri dah cukup cantik untuk budak-budak,,, =)





memandangkan cik zira ni suka nombor tujuh, maka cik zira bagi 7 tips jelah k,, hehe
harap-harap dapatlah membantu bagi sape-sape nak mula bekerja sebagai cikgu nanti ye. bolehlah cedok-cedok sikit ke idea dan gaya cik zira k,,






setakat ni, cik zira suka dengan cara dan gaya cik zira gunapakai ni. insya Allah cik zira akan gunakan sampai bila-bila sebab rasanya budak-budak yang cik zira aja kelas 2E, 2F, 3B dan 3J ni boleh terima cara cik zira dan alhamdulillah setiap kali teacher hazirah dorang masuk kelas, dorang dah tahu apa kena buat.






cik zira suka sangat menjadi cikgu. happy bila budak-budak suka dengan cik zira. happy bila budak-budak suka belajar bahasa inggeris. happy jugak bila budak-budak dah boleh bercakap guna bahasa inggeris walaupun sikit.






bila dah berjaya tambah hati budak-budak, sekaligus akan buat budak suka subjek yang diajar. itulah tujuan utama supaya budak-budak suka bahasa inggeris dan cuba menggunakan bahasa inggeris kerana sedikit-sedikit kan lama-lama jadi bukit. guna bahasa inggeris sikit-sikit, lama-lama bila dah pandai, boleh guna banyak-banyak plak,, =)






baiklah, itu sahaja Tips yang dibawakan khas untuk anda daripada cik zira.






terima kasih.








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 21 januari 2011 12.08 a.m.

2 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

cik zira....bleh tunjuk x cara2 cm mn pakai shawl cm zira tu? hehe..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

kak zura, kalau ada masa dan ada orang tolong amekkan gamba, t kt wat tutorial nye k,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails