kembali semula ke ruangan Tips Simple dan Mudah dibawakan oleh si gadis MERAH ini, cik zira
kali ini TIPS ini rasanya semua orang pun dah tahu. tapi disebabkan dah namanya pun tips simple dan mudah, haruslah juga diberitahu sebagai peringatan kepada semua.
okeh
tipsnya mudah sahaja
kalau anda mengenakan pakaian, tak kiralah dress ke blouse ke atau pun baju kurung sekalipun, mahupun tshirt, jika ianya satu warna atau plain sahaja, sila padankan ia dengan tudung atau shawl yang bercorak. ini untuk menaikkan seri kepada pemakaian anda. jika anda memakai plain + plain, jadinya akan nampak semuanya plain sahaja bukan?
baju plain MERAH + shawl corak + inner pink
baju plain kuning + shawl bercorak pink + inner pink
baju plain hijau + shawl bercorak hijau + inner pink dan kuning
jika sebaliknya, jika pakaian anda sudah bercorak, gandingkan pula dengan tudung mahupun shawl plain. jika bercorak + bercorak, jadi akan nampak serabut sana sini sebab atas bawah pun bercorak. kalau bajunya bercorak, tudungnya plain kan nampak kemas dan manis.
maxi dress bercorak + syria plain pink + inner coklat
blouse bercorak + syria hitam + inner kuning
blouse bercorak + syria hitam + inner hitam dan coklat susu
ha, lagi satu, beranikan diri mix n matchkan warna-warna terang dalam pemakaian anda. ini supaya anda akan nampak lebih berani dan merubah penampilan diri. warna-warna seperti MERAH, oren, pink dan hijau pucuk pisang mahupun kuning dan biru muda adalah antara warna terang yang sesuai digayakan dan nampak diri anda berkeyakinan dalam menata rias gaya anda. cuba tau!
tengok ni ha, dah macam-macam kaler plak digabungkan
baju petak hitam putih kelabu + belt MERAH + syria kuning + inner pink
macam mana tu ye? kalau berani pakai, pakai jek macam cik zira ni,,
walaupun sebenarnya ni kes dah kelam kabut tak tahu nak pakai apa,, ngee
oh, cik zira bukanlah pandai bergaya. cik zira cuma biasa-biasa sahaja. cik zira juga amalkan tips simple dan mudah ini supaya kena dengan tempat dan perlu bijak mengkombinasikan pakaian + tudung + kasut anda. tambah dengan make up di muka untuk keluar berjalan, nah, anda akan nampak cantik hanya dengan cara yang mudah.
cuba ye.
sekian sahaja TIPS simple dan mudah untuk kali ini.
terima kasih
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 9 januari 2011 7.20 p.m.
8 comments:
nice what... suka tgk...
cantik la..sy akan try gaya ini..huhu=)
suka cara cik zira suai padan corak dan warna. suit u very well. btw, thanks for the tips! :)
cik zira pakai cantik, tp kl akk yg pakai bertambah bulatlah muka akk...
boy @ Mr. K :
nice eyh, ok2, kalau nice maknanya ok lah kan,, thanx bro!,, =)
alexa ixora :
boleh dEar, sila cuba k,, ;)
ween :
thanx dEar,, main hentam kromo je tuh ween dEar,, hehe
no problem my dEar ween,, =)
erienz :
akak try pakai tudung yang tak nampak bulat. kalau nak pakai syria try yang anak tudung dia ada awning tuh,, tak nampak bulat sangat,, =)
Post a Comment