SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 6, 2012

awal bulan Mac.





semalam kan kan, cik zira adalah sangat penat dekat sekolah. dari sampai, hinggalah ke balik, buat kerja tak berhenti. takde rehat. rehat pun untuk solat zohor dan asar. penat sangat-sangat. nasib baik lah puasa, kalau tak puasa, masa nak makan pun takde.






siapkan keceriaan tandas guru perempuan, siapkan kertas soalan bahasa inggeris tahun 3 hantar ke bilik SUP, siapkan buku nak kena pantau cop-cop semua, masuk kelas mengajar. memang terasa penat yang amat. balik malam baru dapat rehat sikit. itu pun ada bawa balik juga kerja sekolah nak siapkan tak sempat siapkan dekat sekolah.






hari ni, kebanyakkan sekolah dah mula Ujian Mac 2012. sekolah cik zira pun sama. tapi sayang, semalam tak masuk kelas 3D untuk buat ulangkaji. harap-harap dorang dapatlah jawab kertas bahasa inggeris. cik zira memang risau dengan kelas 3D ni. ajar susah sangat nak ingat masuk dalam otak tu. harap-harap takdelah dapat markah teruk sangat. Amin.





kepada anak-anak KBSR, selamat menjalani ujian dan mendapat keputusan yang baik. kepada anak-anak KSSR pula, selamat lah sama-sama dengan cikgu menjalankan band-band yang ditetapkan ni. kepada guru-guru, masa sibuk yang amat sudah kembali. semoga masih boleh tersenyum walau kerja menimbun menanti,,, ^____^







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 5 mac 2012 9.17 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails