SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, April 4, 2012

semalam : selasa, 03042012




kalau hari isnin cik zira penuh dengan kekecewaan, hari selasa pula penuh dengan kesyukuran. Alhamdulillah, hal dengan e-gtukar sudah pun selesai. hari ni pergi sekolah cik zira akan serahkan dokumen yang diperlukan dekat kak iza, akak kerani. serah dan berdoa banyak-banyak dekat Allah semoga permohonan cik zira diterima. Amin Ya Allah.






pagi ke JPN Johor, berjumpa sendiri dengan Pegawai berkenaan yang uruskan unit sekolah rendah.dialah yang tolong selesaikan masalah cik zira. cik zira terima kasih kat dia banyak-banyak. siap dia cakap, " ok dah boleh. pergi balik isi sekarang." dalam tegas dia pun cik zira nak tergelak jugak. terima kasih banyak ye Encik Alwee. jasamu amat dihargai.






jadi, ke sekolah semalam dengan perasaan bersyukur masalah selesai. tema semalam hijau + kuning.






bekal semalam : sup daging + sayur + ikan goreng. makan awal sebab lapar sangat. 






untuk action songs, cik zira dah selesai 1 lagu dengan anak-anak cik zira tu. ada 3 lagu. dah siap semua lagu bagi kemas sikit pergerakan semua. pertandingan 14 April. masih ada masa untuk bagi kemas dan cantik. Insya Allah, cik zira akan buat yang terbaik.






dan semalam juga merupakan satu hari yang sibuk. ada masa rehat pun macam takde. tak berhenti rasanya buat kerja. masuk kelas lagi. takpe, walau sibuk mana, cik zira tetap suka dengan apa yang cik zira buat. cik zira suka jadi cikgu walau hakikatnya menjadi cikgu di zaman sekarang bukanlah sesenang kata orang yang tak faham,,, ;)






hari ini? harapan cik zira untuk hari ni semoga semuanya berjalan lancar. Amin.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 3 april 2012 9.40 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails