SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, May 2, 2012

2 Mei 2012 : selamat sampai JB.




Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pembaca budiman.






Alhamdulillah. cik zira dah selamat sampai JB, kat rumah atok subuh tadi. bertolak dari Penang meninggalkan suamiku pukul 10 malam tadi.






dengan membawa satu beg tangan, satu beg troli dan beg-beg yang penuh dengan red velvet dan apam polkadot untuk diberikan kepada akak-akak kat sekolah yang order. mesti semua tak sabar nak dapat kek sedap dan apam comel-comel.






4 hari bercuti rasanya cukup dan memberikan semangat lebih untuk bekerja semula lebih-lebih lagi sekarang tengah sibuk dengan persiapan hari guru 16 Mei nanti. mana nak siapkan teks pengacara majlis dan mana nak buat latihan untuk persembahan lagi. takpe-takpe, hazirah mesti boleh punya. Insya Allah.





hari ni jap lagi sampai sekolah mesti banyak nak kena setelkan. jadi, kena buat satu-satu ye cik zira. mana yang tak siap kat sekolah, bawa balik rumah siapkan. 






ok, baiklah. nak rehatkan badan lagi sikit. penat naik bas dari Penang ke JB ni tak hilang lagi. kang kul 10 lebih dah nak kena bersiap pergi sekolah.






ha, petang karang entry best. lagi 1 REDlist sudah tertunai! Yay!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 1 Mei 2012 8.24 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails