SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, February 8, 2013

jam hadiah untuk diri sendiri.



cik zira tak banyak jam tangan. ada dua je. satu beli sendiri masa belajar jam guess. tapi yang tu dah rehatkan dia sebab bateri dah mati tak tukar pun lagi. lagi satu jam hantaran suamiku kasi, jam roscani. 


cik zira suka jam tangan. tapi takdelah sampai nak beli dan kumpul macam suamiku tu yang dah berutas jam tangan dia.


baru-baru ni kak farrah kat sekolah tu beli jam marc jacobs dekat JPO. berkenan sangat cik zira tengok. lagipun tali dia jenis acrylic. tak berat, ringan je pakai. cuma bulatnya besar tak berapa kena sangat dengan tangan cik zira yang kecik ni. lagipun memang tak pernah pakai jam tangan besar-besar sangat. dulu masa muda remaja adalah pakai jam murahan je yang jenis besar-besar tu. dah dewasa ni pakai jam yang comel kena dengan tangan jelah.


nak dijadikan cerita. masa tengok blog shopping kegemaran cik zira, sekali adalah jam marc jacobs ni dijual dan masih available. apa lagi, cik zira teruslah order dan buat payment. yay! dapat dah lagi satu jam.




siap dapat diskaun lagi bila cik zira bagi tahu beli untuk reward diri sendiri lepas bersalin. thanx ye sis! suka sangat-sangat!!






dah sampai pun jam idaman hati. suka sangat dan harganya memang murah jika nak banding beli di outlet atau butik. kira sangat berbaloilah untuk cik zira miliki. lagipun jam cik zira sume biasa-biasa je. takdelah yang mahal-mahal pun. belum masa lagi nak pakai yang mahal. tunggu 10 tahun lagi ke. hehe


suka jam baru. tak sabar nak pakai bila berjalan dah habis pantang nanti. cumanya, tali dia panjang. tunggu suamiku balik minta tolong suamiku pergi pendekkan talinya. tangan cik zira kecik sikit, tu yang kalau beli jam, mesti kena kecikkan talinya baru boleh pakai.


selamat datang jam baruku! akan cik zira pakai dan jaga dengan sebaik-baiknya. Insya Allah.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 januari 2013 1.30 p.m.

1 comment:

darthvader said...

kak zira, apa link website jual jam fossil tu. nak tahu jugak ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails