SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, February 3, 2013

Selamat Pengantin Baru, Amalina



masa belajar kat maktab dan UUM selama 6 tahun dulu, kawan rapat cik zira ialah fiqa, syira dan amalina. kitorang selalu keluar jalan-jalan, makan-makan bersama dengan mat arep. dan antara 4 orang tu, jodoh cik zira sampai dulu. cik zira juga yang dapat baby dulu. dalam pada berkeras dulu tak nak kawen. hati bolehlah cakap kan. Allah dah tentukan segalanya.





lepas cik zira kahwin, fiqa menyusul disember lepas. dapat orang muar. hensem suami fiqa. kemudian baru-baru ni tanggal 26 januari, amalina pula mengikut jejak mengakhiri zaman bujang. dua-dua majlis cik zira tak dapat pergi. masa fiqa cik zira dah sarat. tak larat dah nak jalan jauh. masa amalina plak ngah berpantang. huhu.


tapi, sms tetap cik zira hantarkan tanda ingatan dan kasih sayang. amalina dapat orang kedah. amalina ada send mms gambarnya dengan suami. sepadan. muka seiras. cik zira doakan berkekalan selama-lamanya.





tinggal syira sahaja masih membujang. tapi cik zira rasa pun tak lama je lagi tu. harap-harap masa syira kalau ada kesempatan dapat pergi, bolehlah meriahkan majlis dengan khalisah sekali. mana tahu dapat jumpa yang lain-lain. rindu sangat dekat semua.


bukan dengan fiqa, syira dan amalina je. dengan teman baik lain macam bie, salwa, mye, kak wani, izzati dan semualah yang cik zira rapat. pendek kata, sume TEYL Cohort 3 cik zira rindu bangat! banyak kenangan tu 6 tahun sama-sama.


rasanya dah ramai sangat kahwin dan dah ramai juga ada baby. kalau cik zira ada facebook bolehlah jenguk kat sana. ni sampai sudah tak berfb. macam mana nak tahu update kawan-kawan kan. sms jelah tanya-tanya.


oklah, makin panjang makin bertambah rindu. baik berhenti dulu untuk entry hari ahad ni. kepada Amalina dan suami, TAHNIAH cik zira ucapkan. jadilah pasangan suami isteri yang saling menyayangi dan saling melengkapi antara satu sama lain ye.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 januari 2013 12.40 p.m.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails