SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Tuesday, October 20, 2015
Menu : Sotong Masak Kunyit
ni salah satu lauk kalau malas masak dua lauk. mudah sesangat. nama nya Sotong Masak Kunyit. jom masak resipi mudah ni cara cik zira.
bahan-bahan :
1. sotong 4 ekor dipotong membulat
2. kacang buncis
3. carrot
4. lada merah
5. bawang putih
6. bawang beso
7. garam secukup rasa
8. serbuk kunyit
cara nak masak:
1. sotong tu peram sekejap dengan serbuk kunyit.
2. panaskan minyak, tumis lada merah bawang putih bawang beso.
3. masukkan sotong peram kunyit tadi, gaulkan sebati.
4. masukkan air sket bagi tanak kering sangat.
5. masukkan garam secukup rasa.
6. kacang buncis dan carrot. gaulkan.
7. siap
kalau nak letak kiub ayam sket pun ok, bagi ada rasa lagi. kalau nak kuah adjust air lagi. senang kan? kalau nak dua lauk jugak buat telur dadar. makan pepanas.
selamat memasak ye cik puan semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment