Kalini cik zira nak share cara paling mudah nak buat sup ayam yang jernih. Clear soup la kata orang putih.
Bahan-bahan:
1. Ayam secukupnya
2. Air untuk kuah sup
3. Garam secukup rasa
4. Chicken stock cik zira guna jenis serbuk jenama Tumix
5. Bawang besar hiris
6. Halia hiris
7. Bawang putih hiris
8. Daun sup/daun bawang secukupnya
9. Carrot/ubi kentang jika mahu
10. Batang celery / tomato
11. Cili padi diketuk sebab anak tak makan pedas sangat
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Tumis kan bahan hirisan
3. Masukkan Ayam gaul rata. Boleh tutup sekejap.
4. Masukkan sedikit air dahulu dan kacau rata.
5. Masa ni boleh masukkan sayur keras macam carrot dan ubi kentang.
6. Kemudian tambahkan air lagi mengikut sukatan kuah yang diinginkan.
7. Masukkan serbuk Ayam tumix secukupnya. Kacaukan.
8. Masukkan garam secukup rasa.
9. Masukkan batang celery, tomato dan cili padi. Kacaukan.
10. Sup siap untuk dihidang. Tabur kan daun sup dan daun bawang. Kalau ada bawa goreng pun sedap. Tapi anak anak cik zira tak makan bawang goreng tu tak letak tu.
SELAMAT MENCUBA☺️
No comments:
Post a Comment